Pengikut

Selasa, 2 September 2014

Fokus Karangan UPSR: Temasya Hari Sukan Sekolah

Assalamualaikum.

Jika hendak dikira bilangan hari UPSR 2014, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Ketika ini, di sekolah guru dan murid sudah pastilah membuat ulang kaji, pecutan terakhir dan menggunakan formula terbaik untuk menelaah tajuk-tajuk penting, fokus utama setiap mata pelajaran termasuklah Bahagian B: karangan atau penulisan Bahasa Melayu

Antara kaedah tersebut, guru akan memberikan isi-isi penting atau rangka karangan atau karangan contoh tajuk yang ditekankan untuk UPSR 2014. Oleh itu, saya cuba berkongsi rangka karangan untuk tajuk-tajuk penting itu. Untuk permulaan ini, saya kongsikan tentang Temasya atau Sambutan Hari Sukan Sekolah




Sekolah kamu telah mengadakan Hari  Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai hari sukan tersebut.

Rangka Karangan:


Pen      :           - tarikh /tempat / masa diadakan

Isi 1      :           - Persedian  sebelum sukan
                        - agihan kumpulan   - latihan  - dirikan khemah   - hias padang

Isi 2      :           - Semasa Sukan
- Perarakan /perasmian / ikrar

Isi 3      :           - Acara dipertandingkan -  Ibu-bapa -Pegawai      -     suasana

Isi 4      :           - Pasukan pemenang
- olahragawan/olahragawati -hadiah -  guru besar-  jamuan

Penutup – Perasaan / letih / gembira

Karangan Contoh:


            Pada _________Ahad yang lalu, sekolah saya mengadakan hari sukan. Sukan itu diadakan di _____________ sekolah.
            Sukan itu dirasmikan oleh _____________ PIBG.    Mula-mula murid-murid berjalan ______________ padang.
            Selepas itu, acara __________ pun dimulakan. Acara __________ ialah lumba lari 100 meter.
            Murid-murid ____________ semasa kawan mereka berlari. Pasukan Merah telah menjadi __________. Guru besar menyampaikan ___________ kepada pemenang.

            Sukan itu __________ pada pukul 2.00 petang. 

keliling
hari
Pengerusi
sukan
johan
bersorak
padang
pertama
tamat
hadiah


NOTA: Bahan ini merupakan perkongsian daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hasil daripada perbincangan dan perbengkelan yang dianjurkan. Oleh itu, saya panjangkan di sini untuk perkongsian bersama. 

6 ulasan:

  1. terima kasih cikgu.. bleh arr di beri pada anak saya nanti sbg rujukan :)

    BalasPadam
  2. Thanks sharing.. bnyk yg bermanfaat ni.

    BalasPadam
  3. Panduan yg baik utk anak2 muridku...terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78