Pengikut

Sabtu, 20 September 2014

Kuah Rojak Mak Bee Popular di Alor Setar

Assalamualaikum.

Pernah dengar Kuah Rojak Mak Bee? Pernah beli? Pernah rasa? Sememangnya Kuah Rojak Mak Bee sangat popular di Alor Setar, Kedah. Kepada yang pernah datang ke Alor Setar, pasti tahu di mana Kuah Rojak Mak Bee dijual. Di mana lagi, kalau bukan Pekan Rabu



Setiap kali saya pulang ke kampung, pasti ada rakan guru yang memesan Kuah Rojak Mak Bee. Kata mereka, sedap. Sebagai penduduk Alor Setar, kami lebih suka buat Garam Belacan sendiri untuk cecah dengan buah-buahan seperti jambu air, jambu batu, cermai, mempelam, belimbing dan lain-lain lagi. 

Tempat Pengeluaran 


Kuah Rojak Mak Bee juga dikenali dengan Kuah Rojak Kacang Mak Bee yang dikeluarkan oleh MAK BEE UTARA ENTERPRISE, beralamat 34, Jalan Serai, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kepada yang berminat untuk menempah boleh menghubungi nombor ini 04 7334726. 

Bahan-bahan yang Diperlukan


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuah Rojak Mak Bee ini seperti kicap, cabai, gula, belacan, garam dan kacang. 

Harga 

Saya kira sudah pastilah banyak yang tertanya-tanya, berapa harga sebotol Kuah Rojak Mak Bee?Sebotol yang beratnya 350 gram adalah RM4. Tetapi kalau beli 3 botol harganya RM10

Kalau yang datang ke Alor Setar, Kedah jangan lupa singgah Pekan Rabu boleh beli Kuah Rojak Mak Bee yang popular. Selain itu, boleh beli juga barangan yang lain. 

Nota: Tamat cuti sekolah. Malam ini akan pulang semula untuk bertugas seperti biasa. 

12 ulasan:

  1. Cuti sekolah dah habis...cepatnya lahai..kat kl ade jual..tp harganya dah mahal la..

    BalasPadam
  2. xpernah try plak.lgpon xpnh g sana.nnt helmi bg la tester

    BalasPadam
  3. cam sedap . kena ngan tekak ni. yumsss

    BalasPadam
  4. asalkan likat, boleh melekat pada buah2 (biasanya kita buat rojak buat kan) sedaplah. Hari tu beli kat pasar raya besar, tak ingat jenama apa...cair macam air.

    BalasPadam
  5. Pernah dengar nama ni dan rasanya pernah try at one time...tapi dah tak ingat rasa dia..mesti sedap kan..

    BalasPadam
  6. lain kalilah bolehlah juga suruh cikgu belikan tuk akak ye
    macam sedap aje tu
    p/s-maaf, dah lama tak ke sini =)

    BalasPadam
  7. Wah! Teringin nak rasa, enak sgt ke? Lain kali balik cikgu kg... saya nak pesan sebotol!

    BalasPadam
  8. memang tak pernah miss Mak Bee ni..dah duduk johor pun siap bawa bekal

    BalasPadam
  9. aduh..macam sedap je..terliur pulak..

    BalasPadam
  10. Wahh.. saya mmg gemar kuah2 rojak ni.. T kasih atas perkongsian cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
  11. Salam ...tumpang...kalu sesiapa nak kuah rojak mak bee nie bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com.nyum² TQ

    BalasPadam
  12. betul2..sedap kuah mak bee ni..selalu minta tolong kawan poslaju kalau teringin..hihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78