Assalamualaikum.
Sewaktu pulang cuti persekolahan pada bulan Jun lalu, sempat saya menghasilkan satu cerpen. Setelah lama saya tidak menulis cerpen untuk majalah Harmoni dan kali terakhir cerpen saya disiarkan di majalah ini adalah pada Januari dengan judulnya Rakit Buluh di Tahun Baru.
Kekabu Mimpi
Alhamdulillah, cerpen Kekabu Mimpi yang saya tukang itu telah disiarkan pada 1-15 September 2014 dalam majalah Harmoni. Kepada yang berminat untuk membaca cerpen ini bolehlah mendapatkan majalah ini dalam pasaran. Rasanya masih ada.
Sesungguhnya, saya amat suka dengan cerpen ini. Cerpen ini sangat sederhana, namun membawa satu wacana yang besar tentang kejujuran, keberanian dan pendirian teguh. Prinsip inilah yang cuba saya sampaikan melalui watak penjual kekabu dan anaknya. Biarpun tidak secara terang-terangan melalui kata-kata, saya percaya pembaca dapat merungkaikannya setelah membaca keseluruhan cerita ini.
Persoalan Budaya
Selain itu, persoalan budaya "tidur dengan bantal kekabu" cuba saya terapkan. Kenalkah anak-anak anda ataupun generasi sekarang ini dengan bantal kekabu? Oh, alangkah ruginya jika generasi sekarang ini sudah tidak mengenali "bantal kekabu"!
Jika ada sekalipun, pasti cerita-cerita mistik berkaitan pokok kekabu yang tidak enak didengar lebih daripada kelebihan kekabu yang lebih baik daripada segi kesihatan berbanding gentian kapas tiruan.
Ayuh, kepada yang minat menulis mulakan penulisan anda sekarang juga. Penilaian keberhasilan sesuatu karya itu bukan terletak pada keinginan untuk menulis semata-mata, sebaliknya pada hasil keseluruhan setelah karya itu siap.
akak cari majalah harmoni ni tak jumpa pula..nak baca cerpen cikgu ni...:(
BalasPadamtahniah cikgu. Beri semangat pada sahabat penulis lain.
BalasPadamTahniah Bang Helmi. Saya pun nak ambil semangat menulis ni. hehehehe
BalasPadamTahniah cikgu. Dulu di rumah saya banyak bantal kekabu. Tapi dah tak ada sebab tenggelam dalam banjir. Jadi semua bantal itu dibuang.
BalasPadamtahniah helmi..
BalasPadamtahniah...
BalasPadamsalam singgah..tahniah..
BalasPadambantal kekabu mmg syiok abih la..bantal hotel pon tak leh lawan..dari kecik smpi la besaq cheq.art tak penah lekang ngn bantai kekabu sampai bini pun leh jeles...hahaha