Pengikut

Ahad, 12 Januari 2014

Cerpen: Rakit Buluh di Tahun Baru di Harmoni

Assalamualaikum semua.


Saya begitu teruja untuk menyelak halaman cerpen setiap majalah keluaran terbaharu. Apatah lagi, sekiranya saya ada mengirimkan cerpen atau puisi ke majalah tersebut. Ini bolehlah dikatakan rutin saya. 

Sesungguhnya, saya amat menantikan cerpen Rakit Buluh di Tahun Baru yang saya tukang lewat cuti persekolahan akhir tahun lalu. Pada mulanya, saya menjangkan cerpen ini akan disiarkan pada awal tahun kerana cerpen berkisar tentang tahun baharu dan alam persekolahan. 

Setelah edisi awalnya 1-15 Januari 2014 tidak kelihatan cerpen ini, ada rasa sedikit gusar. Adakah cerpen ini tidak terpilih? Bagaimanapun, setiap penulis saya percaya mempunyai kuasa atau daya persepsi dalam menentukan kekuatan karyanya sendiri. 

Saya masih yakin, cerpen ini boleh menambat hati editornya. Hal ini memandangkan hampir 4 tahun saya menulis dengan Harmoni, jadi pengalaman memilih bahan cerita, menentukan hala tuju cerpen tersebut serta penggunanaan bahasa yang sesuai dengan kelompok pembacanya sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada saya untuk terus menyumbang karya dengan Harmoni. 

Alhamdulillah, dalam tempoh 4 tahun itu, Rakit Buluh di Tahun Baru merupakan cerpen ke 17 yang disiarkan. 2 buah cerpen saya yang disiarkan di Harmoni pernah memenangi Hadiah Penghargaan HSKU, 2 buah lagi layak ke peringkat akhir HSKU.

Sekadar rekod juga, apabila 3 tahun berturut-turut cerpen saya disiarkan pada bulan Januari di Harmoni. Bermula dengan cerpen:

1. Dunia Baru Adik - 15-30 Januari 2012
2. Pinang Nan Sebatang - 1-15 Januari 2013
3. Rakit Buluh di Tahun Baru - 15-30 Januari 2014

Terima kasih kepada editor yang sudi memilih cerpen saya ini. Walaupun dalam kesibukan saya sebagai pendidik, insya-Allah saya akan terus mencuri masa untuk terus menulis. Saya mengharapkan sokongan pembaca semua!

Nota: Sedang menukang sebuah lagi cerpen. Tapi, belum siap. Masih tercari-cari mood untuk menyiapkannya. Nampaknya, kemalasan telah merampas semangat itu. Perlu rampas semula ni. Kalau tak, memang jadi pekasamlah cerpen tu nanti.

7 ulasan:

  1. Tahniah untuk cerpen yang tersiar.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum cikgu, yuyu masih lagi wujud, cuma kurang berblog, sibuk sikit dgn pelajaran, minggu exam pulak sekarang, tak bpeluang lagi nak blog walking sana sini... in shaa Allah, bila ada kelapangan lagi, akan terus aktif berblog... :)

    BalasPadam
  3. tahniah..bestnyer...

    BalasPadam
  4. berutungnya...tiga tahun berturut2 lak..

    BalasPadam
  5. Assalam
    Subhanallah. Tahniah ya Cikgu.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. tahniah.. semoga terus berjaya cikgu Helmi.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  7. tahniah helmi.. semoga terus success.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78