Pengikut

Jumaat, 3 Januari 2014

Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia KSSR Tahun 4 2014

Assalamualaikum semua.

Setelah menjadi Ketua Panitia Bahasa Malaysia bagi tahun 2014, sudah pastilah segala maklumat dan perkembangan pegawai (guru) yang keluar menghadiri kursus akan diberikan kepda saya. Jadi, semalam apabila saya membuka fail yang dberikan oleh guru yang menghadiri kursus KSSR Bahasa Malaysia Tahun 4 2014, saya dapati ada contoh Rancangan Pelajaran Harian yang disertakan. 

Saya tidak mengajar Bahasa Malaysia Tahun 4, namun begitu apa salahnya jika saya berkongsi bahan ini jika bermanfaat untuk guru yang mengajar Tahun 4 KSSR. Sekiranya, ada penambahan atau percanggahan boleh maklumkan kepada saya untuk sama-sama kita memperbaikinya.


CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA KSSR
TAHUN 4/2014

TEMA
KEMASYARAKATAN
TAHUN
4 TEKAD
TAJUK
Cerianya Tamanku
MASA
9.30 – 10.30 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.3
Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  i.       membina ayat berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.
 ii.       menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.
AKTIVITI
1.      Murid  ditunjukkan alat menjaga kebersihan dan berbincang tentang kegunaan alatan tersebut dan kaitannya dengan menjaga kebersihan.

2.   Guru membimbing murid menamakan dan menulis pada papan tulis tentang alatan lain yang sesuai digunakan untuk menjaga kebersihan kawasan rumah dan taman dan menyatakan sumber kewangan untuk menjayakan aktiviti  gotong-royong.

3.     Murid membaca petikan  yang dipaparkan pada skrin dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan membina jawapan untuk soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan petikan yang dibaca.

4.     Murid menggarisi  isi petikan yang menjadi jawapan pada paparan skrin dengan menggerakkan kursor.

5.     Murid menulis jawapan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan petikan.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi.
Pengayaan
Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu  :  Sivik, Celik  Kewangan
Nilai  :  Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Patuh
EMK :  TMK
KB    :  Menjana Idea, Mengecam
BCB  :  Bacaan Mentalis     
BAHAN BANTU BELAJAR
LCD, benda maujud, lembaran kerja
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman dengan betul.
REFLEKSI
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

12 ulasan:

  1. semoga berjaya dan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi cikgu.. :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah,semoga terus berjaya..

    BalasPadam
  3. penat lelah cikgu ni patut dijadikan contoh :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih Abang Helmi. Hujung Januari ni saya akan memulakan praktikum yang ke-3. 12 minggu tempohnya. Kebarangkalian mengajar Tahun 4 itu amat tinggi.

    BalasPadam
  5. sangat bermanfaat perkongsian contoh rancangan pelajaran harian ini..

    BalasPadam
  6. Perancangan dan tindakan berterusan itulah kunci kejayaan. Semoga berjaya :)

    BalasPadam
  7. Ops cikgu ajar sekolah rendah yer? Boleh tak cikgu update pasal peperiksaan PBSMR yang digantikan dengan PMR tu?

    BalasPadam
  8. Perkongsian yg bermanfaat.. tahun ni pun anak sy ada yg belajar dlm tahun 4.. t kasih cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
  9. Perkongsian yang bermanfaat.. Terima kasih cikgu

    BalasPadam
  10. jana pendapatan klik dulu baru tau http://weeklyfixpay.com/?ref=291244

    BalasPadam
  11. Salam sejehtera, saya ingin mendapatkan contoh RPH matematik terkini, harap cikgu dapat membantu saya. Terima kasih

    BalasPadam
  12. Thanks sebab kongsi..kwn2 ipgtaa yg lain,,jgn ambik rph ni..sebab sy da chopp dulu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78