Pengikut

Selasa, 28 Januari 2014

Blogger Pilih Kasih Hanya Senaraikan Blog Otai Sahaja dalam Bloglistnya


kredit foto dari amarketingexpert
Saya percaya setiap blog pasti ada senarai bloglistnya sendiri. Dan pelbagai nama dan kategori pula dilakukan. Sewaktu saya mula-mula terlibat dalam dunia blogging ni, saya menyenaraikan seberapa banyak blog yang saya suka dalam bloglist saya. 

Tujuannya, untuk memudahkan saya meninjau dan membaca entri terbaru blog tersebut. Kebanyakannya, blog penulisan.

Apabila saya mula mengenali apa itu "bloglist" yang sebenar dan kepentingannya, saya membuka satu lagi bloglist sebagai penghargaan untuk blogger yang menjadi pengomen setia blog saya. 

Blogger Pilih Kasih

Benarkah ada blogger yang pilih kasih dengan hanya menyenaraikan blog terpilih sahaja dalam bloglistnya? Mungkinkah, tindakan ini diambil oleh blogger "otai" yang berasakan kedudukan mereka sudah kukuh dalam arena blogging? 

Jika kita ke blog blogger tersebut, senarai blog yang berada dalam bloglistnya boleh dikatakan blog otai-otai semua. Tidakkah mereka ini berasa bersalah dengan berbuat demikian. Sedangkan blogger "picisan" inilah yang selalu berkunjung ke blog mereka. Jika tindakannya itu untuk membeza-bezakan kategori blogger yang ada, alangkah sedihnya!

Bagaimanapun, kita semua perlu akui bahawa setiap blogger ada haknya sendiri untuk menyenaraikan blog siapa yang layak berada di takhta hati bloglistnya itu. 

Sebaliknya, saya memuji kesungguhan blogger yang sanggup melancarkan segmen bloglist bulanan semata-mata untuk mencari lebih ramai kawan. 

Nota: Maafkan saya jika entri ini membuatkan ada blogger yang tersinggung.

27 ulasan:

  1. Seharusnya kita berkawan dengan semua blogger tanpa mengira kedudukan, pangkat, darjat dan agama...Hanya anda berlaku adil...kan Allah ada dan Alalh maha adil lagi penyayang...

    BalasPadam
  2. Semua yg saya follow semua masuk bloglist saya...saya rasa senang begitu. W'pun saya tetapkan paparan cuma 25 sahaja tapi saya selalu click show all....sebabnya nak baca byk2 info menarik yg diupdate oleh setiap blogger. Setiap blogger itu unik dan tersendiri entrynya ;)

    BalasPadam
  3. ada jugak dikurangkan penyenaraian bloglist sbb membuatkan blog lambat loading. jika terlalu byk link di halaman utama blog termasuk senarai bloglist, akan memberi effect pd seo. yg tu pun yumida baru baca semalam. dpt ilmu baru..hihi

    BalasPadam
  4. kalau boleh nak jugak bertukar-tukar dengan mereka kan.. tapi seumpama tak dipandang... sedih..

    BalasPadam
  5. saya tak pilih kasih tapi saya pilih ikut naluri je hehee.... mungkin itu yg saya suka ketika itu...nak senaraikan semua tidak mungkin lah kan.... adakalanya saya tukar juga....hehee...

    BalasPadam
  6. mmg betul pun..kebanyakkan bloglist mereka hampir sama...redho je lah..haha

    BalasPadam
  7. memang wujud , saya sendiri pernah berhadapan dengan bloggers yang sedemikian , hanya berkunjung , hanya berpaut pada bloggers otai , blogger macam saya , tak pernah kunjungan dibalas :) dek puaskan hati sambil suarakan pendapat ,saya memuatkan 1 entri berkaitan blogger pilih kasih dengan tajuk 'blogger berbulu' .

    BalasPadam
  8. betul apa yg diperkatakan . ada je blogger mcm nie and ade juga blogger yg menyenaraikan semua blogger.

    BalasPadam
  9. Wah ada luahan perasan kat sini ya..Sebenarnya dari segi ranking Bloglist ni ada effect cikgu. Itu sebab Blogger yang otai dan mempunyai ranking yang baik jarang mempunyai Bloglist atau ada tapi yang terpilih (yang mempunyai rangking yang baik atau tinggi). Ianya akan memberi kesan kepada ranking mereka...

    BalasPadam
  10. Adakah saya bersalah kerana tidak ujudkan bloglist?? Atas alasan tak tau nak senarai blogger mana dan jaga hati blogger..tapi saya bahagia begini..

    BalasPadam
  11. Hampir sama tapi tak serupa topik entri kita...hehe.
    Bersangka baik saja le, itu adalah lumrah manusia yang tidak semuanya sama, ...bukan mudah memuaskan hati semua orang...

    BalasPadam
  12. saya bersetuju dengan entry ni
    biasa yang dah popular ni, tak akan pandang dah orang dekat bawah
    maklumlah, popular!

    BalasPadam
  13. kewujudan blogger pilih kasih bukan terjadi dengan sendiri tetapi lebih kepada minat blogger berkenaan...

    BalasPadam
  14. Semua yang masuk follower saya adalah istimewa... ada yang saya senaraikan di bloglist dan ada yg tidak.. ini kerana saya belum berkesempatan untuk memindahkannya masuk dalam senarai bloglist. tapi saya sentiasa berkunjung ke blog mereka untuk membaca n3... cuma saya jarang tinggalkan jejak.

    Kalau nak 'geng' dengan blogger otai ni, saya rasa awak kena ramaikan dulu follower awak... popularkan diri dulu baru ramai 'orang popular' ni nak kawan ngan awak kot.....

    BalasPadam
  15. Saya tak mengerti yang dimaksud dengan Blog Otai, dapatkah dijelaskan. Apakah sebuah kosakata dalam bahasa Melayu kiranya? Namun di sebalik itu, saya menghormati dan menghargai siapapun blogger yang suka menulis dan berbagi. Setidaknya saya dapat memandang dan melihat dunia dari berbagai sudut pandang yang berbeda, yaitu dengan membaca karya-karya mereka.

    Saya pribadi memilih teman-teman di komunitas blog yang saya ikuti: komunitas Gam-Inong Blogger karena di tempat itulah kami saling berbagi melalui grup kami di facebook. Adapun karya-karya daripada blogger lainnya yang saya follow baik melalui blog maupun google plus insya Allah coba selalu saya ikuti sebatas kemampuan dan waktu luang saya. :-)

    BalasPadam
  16. hehehe..biasalah tu helmi...memang begitulah selalunya..

    BalasPadam
  17. Saya tetap menghormati semua sbb itu tuntutan agama.. tak kisahlah walaupun baru hari ini org itu berblogging, jika ukhwah di hulur 1000 ukhwah disambut.. :) :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nah... jumpa juga yang satu pendapat... :D

      Padam
  18. Terus terang cakap, Ida tak berani masuk blog2 yang dikatakan otai dan popular itu. Senarai bloglist di blog Ida hanyalah mengikut kemampuan Ida untuk berblogwalking. Tak guna letak berpuluh2 blog dalam bloglist jikalau kita sendiri tidak mampu untuk blogwalking setiap hari atau sekurang2nya seminggu sekali. Namun Ida respek juga bilamana ada blogger yang mampu masukkan berpuluh2 senarai blog dalam bloglist mereka. Tapi rasanya tak fair n square bila org jer datang ke blog kita tetapi kita tidak mampu untuk membalas balik. Pastu mulalah membuat entry menagih simpati, yang kita ni sibuk tak sempat nak blogwalking hehehe.

    BalasPadam
  19. Selalunya blogger otai ni adalah blogger lama-lama, jadi senarainya pun kebanyakkan terdiri dari blogger seangkatan. Dulu dorang pun tak glemer macam skarang. Jadi bila dah bertahun blogging, ramai yg dah kenal, secara tak lansung blogger2 dlm list2 awal tu pun dah sampai ke tahap dikenali juga. No worries, kita semua akan sampai ke tahap tu jugak one day.

    BalasPadam
  20. Saya ada tulis mengenai perkara PILIH KASIH sesama blogger di blog saya.

    Pilih Kasih Sesama Blogger Malaysia - http://www.hasrulhassan.com/2014/03/pilih-kasih-sesama-blogger-malaysia.html

    BalasPadam
  21. Saya ada dua bloglist. 1 dlm blog personal saya. dan satu lagi, blog yang khusus untuk bloglist saya. Sama pendapat saya dengan Yumida, lagipun seringkali terjadi bila tukar domain atau template blog, pasti bloglist hilang. That's why saya sediakan 1 blog yang khusus utk bloglist yang memang saya letak dalam page tab blog personal saya. Ramai juga yang tak senaraikan blog saya ke dlm bloglist mereka tapi saya buat tak malu je... singgah je bila lapang. Kita blogger punya citarasa dan cara tersendiri. Sori panjang lebar. Bagus artikel ni

    BalasPadam
  22. akak pun perasan juga..namun sebagai blogger baru..siapalah kita

    BalasPadam
  23. uikkk.. hehehe... kalau mia... tak kisah pun. sapa yang dipilih random.org tu la yang masuk bloglist mia... segmen bloglist setiap 2 bulan...

    kalau ada blogger yang pilih kasih... susah tentu bukan mia orangnya... jangan risau ya... (^_^)

    BalasPadam
  24. Setakat pandangan peribadi...
    Maybe blogger otai tue dah tak update bloglist.. sbb dah lama tak edit... he he

    BalasPadam
  25. akak tak letak blog2 mereka yg femes dan ternama kat blog akak hehe...letak blg kekawan ja...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78