sekadar gambar hiasan |
Sewaktu menonton berita sebentar tadi, alangkah sedihnya apabila berita mengenai anak bangsa ditangkap khalwat. Oh, rasanya ini bukan pertama kali cerita dan berita seumpama ini berlaku di malam sambutan tahun baharu. Tidak adakah cara terbaik untuk membanterasnya?
Sewaktu saya menghadiri kursus tahun lepas, saya tertarik dengan cadangan seorang penceramah ini, "cara terbaik membanteras khalwat". Ya, dia menempelak cara pegawai Jabatan Pencegahan Maksiat (JPM) bekerja dan bertindak. Seolah-olah mereka suka pula melakukan kerja tersebut.
Mengapa tidak, pegawai JPM ini merancang satu tindakan yang tidak terjangka oleh pengkhalwat ini. Caranya mudah sahaja, pada malam sambutan Tahun Baharu, pegawai JPM ini perlu duduk dengan memakai baju Pencegah Maksiat di hadapan pintu masuk atau lobi hotel yang dikenal pasti menjadi sarang mereka ini melakukan kerja yang tidak senonoh ini. Jika, mereka ini melihatkan ada pegawai yang sedang berjaga pastilah mereka ini tidak berani untuk masuk atau "chek in" di hotel tersebut. Katanya lagi, "ini barulah betul", bukannya "dah berlaku baru nak serbu".
Namun apa yang dipertontonkan kepada kita selama ini, kejayaan JPM menangkap orang itu orang ini, penuntut itu penuntut ini. Seolah-olah mereka berbangga pula setelah berjaya melakukan operesi tersebut. Bukankah mencegah dahulu lebih baik daripada merawat.
okay jugak tu.. kurang sikit maksiat..
BalasPadamye betul tu saya sokong sangat
BalasPadamitulah..tak sedar ada kubur masing2.
BalasPadamItulah antara masalah besar bila sambut tahun baru..harap-harap ianya berkesan...
BalasPadamCegah sebelum terjadi... Ya! Itu lah yang sepatutnya.
BalasPadambetul tu helmi.. seeloknya membenteras terlebih dahulu.. kata orang, mencegah lebih baik dari merawat..
BalasPadamtp byk sgt hotel..xterkwal JPM,
BalasPadamkena ajak ramai sukarelawan mcm tu
xpon .
kena inform, suh tnjuk kad nikah skali kalau nk cek in kapel .setel :)
heran tul org2 kita ni. asal mlm thn baru je nak khalwat..kalau kemaruk sgt kahwin je la..
BalasPadammalam tahun baru,malam merdeka..mesti ada tangkapan..pelik la..tak reti nak serik..
BalasPadamSaya setuju dgn cara yg diperkatakan tu.. rasanya klu nk ikutkan tiap2 malam pun pasti akan ada berlaku perbuatan terkutuk ni di mana2 pun selagi pencegahan tidak diambil dgn pendekatan yg baik oleh jabatan agama sendiri. Ada alasan yg diberikan ialah kerana tidak cukup tenaga kerja utk memberi kesedaran kpd semua & persoalannya adakah dgn serbuan sebegini mampu utk menangani kesemuanya.Rasanya lebih kepada memalukan bangsa kita sendiri daripada menghalang & mencegah.. wallahualam
BalasPadam