Pengikut

Jumaat, 24 Januari 2014

Penduduk Malaysia Diminta Bertenang-Fenomena Cuaca Sejuk Bukan Petanda Salji Akan Turun

Assalamualaikum semua.

sekadar gambar hiasan-kredit foto dari mynewsshub.com


Sepertinya satu pesta pula apabila berita cuaca sejuk yang melanda Pantai Timur akan turunnya salji. Penduduk Malaysia diminta bertenang dan janganlah menyebarkan berita atau mengada-adakan cerita yang belum pasti terjadi. Setakat ini melalui pembacaan saya, cuaca di Pantai Timur, sejuk dan mengalami penurunan suhu yang mendadak. Belum memberi petanda bahawa salji akan turun. 

Setelah membaca beberapa laporan berita di akhbar, saya menyifatkan laporan akhbar Sinar Harian sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada kita semua tentang perubahan cuaca sejuk ini. Jadi, saya petik berita tersebut untuk perkongsian bersama. 

KOTA BHARU - Keadaan suhu sejuk dan mendung seharian mencetuskan suasana baharu yang tidak pernah dialami masyarakat negara ini.

Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata, penurunan suhu dan udara yang sejuk dialami beberapa daerah di negeri ini merupakan satu rekod baharu.

Menurutnya, daerah Kuala Krai mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah Celsius pada jam 7 pagi kelmarin berbanding 21.8 Celsius suhu purata.

“Penurunan suhu di Kuala Krai itu adalah yang paling minimum manakala Pasir Putih pula mencatatkan bacaan 19 darjah Celsius selain Kota Bharu dan Gong Kedak dengan purata 20 hingga 25 darjah Celsius.

“Di antara punca utama penurunan suhu itu ialah disebabkan tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat,” katanya.

Menurutnya, fenomena tekanan suhu dari China itu terjadi semasa monsun timur laut dan tiupan angin kencang tersebut berlaku apabila kurangnya awan terbentuk pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Semenanjung.

Beliau berkata, disebabkan penurunan itu penduduk di kawasan berhampiran pantai terutamanya akan mengalami suhu sejuk yang terlampau berbeza dengan keadaan biasa.

Dalam masa sama, Jenuwa berkata, amaran ketiga angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan pihak Meteorologi kepada nelayan dan orang awam bagi mengurangkan sebarang aktiviti pantai.

“Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Untuk rekod, suhu di tanah tinggi Cameron Highland purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di negeri ini mendapati keadaan cuaca sepanjang hari redup dan sejuk. Orang ramai dan murid-murid sekolah yang mengenakan baju sejuk di luar bangunan walaupun pada jam 11 pagi.

Seorang penduduk di Kuala Krai, Rosdi Ismail, 49,  berkata, perubahan mendadak suhu sejak selepas banjir gelombang kedua begitu dirasai.

Menurutnya, kedudukan kampung berkenaan yang dikelilingi bukit menyebabkan kesannya begitu terasa.

“Setiap kali keluar rumah untuk ke tempat kerja saya akan memakai baju sejuk kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk sekarang,” katanya.
Suhu di Besut

19 darjah Celsius

Suhu di kawasan Besut pula mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah Celsius pagi kelmarin, menjadikan ia rekod suhu terendah yang pernah dicatatkan di daerah itu.

Jenuwa berkata, suhu itu disifatkan sebagai satu rekod kerana suhu biasa yang dicatatkan paling minimum bagi dua kawasan itu sebelum ini hanyalah sekitar 23 darjah Celsius.

Katanya, daerah lain di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman  mencatatkan sedikit penurunan iaitu sekitar 21 darjah Celsius berbanding hari biasa.

Selain itu katanya, Jabatan Meteorologi turut memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Menurut beliau, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

“Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya.

Seorang penduduk di Besut, Yusof Ali, 72, berkata, keadaan suhu sejuk dirasakan sejak beberapa hari lalu, memaksa dia memakai baju lebih tebal.

Menurutnya, seingatnya, kali terakhir suhu sejuk berlaku di daerah ini ketika dia berusia 15 tahun, kira-kira 57 tahun lalu dan tidak berlaku lagi selepas itu sehinggalah ia berulang sekarang.

Sumber: Sinar Harian

14 ulasan:

  1. Salam,

    cikgu... tu lah...kena banyak2 muhasabah ne... petanda dah nak "penghujung" nampaknya.
    suhu dah tidak seia sekata seperti biasa... huhuhhu....

    BalasPadam
  2. kita kumpulkan ibadah sebanyak mungkin. amin.

    BalasPadam
  3. betul ni cikgu..kat media sosial banyak tul wartawan yang bagitau salji turun di Indonesia..saya pon dengar berita ni pagi tadi..takde pun salji turun..kesejukan dari tiupan angin

    BalasPadam
  4. saya sebenarnya rasa kelakau juga bila dok baca ni
    tapi apapun semua tu kuasa ALLAH
    kalau DIA kata jadilah, maka jadilah ia

    BalasPadam
  5. cuaca mmg sejuk sekarang ni, pasang kipas pagi2 pun dah macam pasang aircond, kena jaga kesihatan diri sebab cuaca tak menentu, senang sakit ..

    BalasPadam
  6. jimat bil letrik..tak payah pasang aircond..mcm tahun lepas, pukul 10 pagi dah kena pasang..hrrmmm...

    BalasPadam
  7. kebanyakan blogger kongsi tentang cuaca sejuk.. moga ada hikmah atas kejadian alam ini

    BalasPadam
  8. dekat kota ni sejuk juga helmi..

    BalasPadam
  9. Sejuk dan nyaman tapi kering....dah lama tak hujan

    BalasPadam
  10. kat tempat akak pun sejuk juga.. ada hikmahnya, jimat elektrik sebab tak perlu pasang kipas.. hehe..

    BalasPadam
  11. tak habis2 diorang dgn salji haha apa2 pun, kat tempat saya pun sejuk semacam .. jimat elektrik =P apa2 pun, wallahualam =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78