Pengikut

Jumaat, 24 Januari 2014

PMR Belum Mansuh, Tapi Ditambah Baik Dengan PBS Mulai Tahun ini

Sebenarnya saya nak terbitkan entri ni semalam, tapi surat khabar terlupa nak bawa balik dari sekolah sebagai bahan rujukan. Hari ini berkesempatan nak kongsikan sedikit berkenaan isu Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Dr. Naimah Ishak - kredit foto dari BH

Sebelum ini ada ura-ura PMR akan dimansuhkan, namun sebaliknya pula yang berlaku apabila berita yang disiarkan di surat khabar semalam mengatakan bahawa PMR ditambah baik mulai tahun ini

Komponen Penilaian

PMR tidak akan dimansuhkan sebaliknya diperkemas dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Penilaian ini adalah berdasarkan empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Menurut Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Naimah Ishak, PBS akan ditaksir meliputi pengetahuan, kefahaman, perkembangan dan penyertaan pelajar dalam perkara yang dinilai. 

Selain itu, kuasa autonomi diberikan kepada guru sepenuhnya dalam melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif berasaskan sekolah, sekali gus memberi pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam pencapaian murid. 

Pernyataan keputusan

Bagaimanapun, pernyataan keputusan PP nanti akan dikeluarkan Lembaga Peperiksaan (LP), sementara keputusan PS, PAJSK dan PPsi dikeluarkan pihak sekolah dengan format seragam berdasarkan spesifikasi oleh LP.

Rujukan bacaan: Berita Harian

Nota: Insya-Allah, untuk mengetahui bagaimana secara kasar format peperiksaan PMR ini akan saya kongsikan dalam entri seterusnya nanti. 


6 ulasan:

  1. salam.. kunjungan balas ke sini :))

    BalasPadam
  2. Hmmm..semoga ianya lebih baik..nanti pening student...

    BalasPadam
  3. anak kathy perintis PBS..dulu kathy perintis PMR..hehehe..

    BalasPadam
  4. Semakin tak faham dgn sistem pendidikan sekarang ni... Semoga lebih baik dan bukan sekadar ujikaji je...

    BalasPadam
  5. semoga ianya memang ditambahbaik. jangan hanya menjadikan anak-anak kita sebagai bahan ujikaji sahaja..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78