Bagi memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) di sini saya kongsikan perincian Evidens Bahasa Malaysia Tahun 3 yang mengikuti Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) dari Band 1 hingga 6. Seterusnya, perincian evidens ini akan diguna pakai untuk mentaksir murid tersebut. Untuk mengetahui apa itu band dan perinciannya, boleh rujuk entri ini.
Tidak menjadi masalah kepada guru untuk memahaminya, perincian ini sangat berguna kepada ibu bapa untuk mengetahui apakah yang dipelajari dan ditaksir oleh guru terhadap anak mereka. Secara tidak langsung, ibu bapa dapat membimbing anak-anak mereka dalam aspek yang disenaraikan ini.
Band 1
B1 DL1 E1
Mendengar dan menyebut frasa dan ayat
(4.4.1, 5.1.1, 5.1.2)
B1 DB1 E1
Membaca pelbagai pola ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
(5.1.7,5.2.3)
B1 DB1 E2
Membaca ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang dengan sebutan dan intonasi yang betul
(5.1.4)
B1 DT1 E1
Menulis ayat tunggal
(5.1.1, 5.1.5, 5.1.7)
B1 DT1 E2
Menulis ayat majmuk
(5.1.6, 5.1.7)
B1 DT2 E1
Menulis imlak ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan
(5.2.1)
Band 2
B2 DL1 E1
Mendengar dan memberikan respons terhadap arahan, soalan dan pesanan
(5.3.2)
B2 DB1 E1
Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat
(5.2.1, 4.1.1, 4.4.1)
B2 DT1 E1
Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu
(5.1.1, 5.1.2, 5.1.3)
Band 3
B3 DL1 E1
Berkomunikasi menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri dalam pelbagai situasi
(5.1.3)
B3 DL1 E2
Menyatakan permintaan dalam pelbagai situasi
(5.1.3, 5.3.2)
B3 DB1 E1
Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dalam perenggan dengan sebutan yang betul
(5.1.7, 4.1.1, 4.4.1)
B3 DT1 E1
Membina dan menulis pelbagai jenis ayat
(5.1.7, 5.3.1, 5.3.2)
Band 4
B4 DL1 E1
Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
(4.2.2, 5.1.6, 5.1.7)
B4 DL1 E2
Menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
(4.2.2, 5.1.6, 5.1.7)
B4DB1E1
Membaca dan memahami bahan kreatif serta menyatakan kosa kata umum dan kosa kata istilah dengan betul
(4.2.2, 4.4.1, 5.1.2, 5.1.5, 5.2.2)
B4DB1 E2
Membaca dan memahami bahan bukan sastera serta menyatakan ilmu pengetahuan dengan betul
(5.1.4, 5.2.1)
B4 DT1 E1
Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber
(5.3.1, 5.3.2)
Band 5
B5 DL1 E1
Berbicara untuk menyampaikan maklumat yang tersurat dengan tepat
(4.3.1, 5.1.6, 5.3.1)
B5 DB1 E1
Membaca dan memindahkan maklumat daripada bahan grafik kepada bahan bukan grafik dengan tepat
(5.1.6, 5.2.2, 5.3.1)
B5 DT1 E1
Menulis untuk menyampaikan maklumat dengan tepat menggunakan idea utama dan idea sampingan
(5.1.6, 5.2.3, 5.3.1)
Band 6
B6 DL1 E1
Berbincang danmenyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang dapat mempengaruhi khalayak secara bertatasusila
(4.3.2, 5.1.4, 5.1.5, 5.3.1)
B6 DL1 E2
Berbincang dan menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara yang dapat mempengaruhi khalayak secara bertatasusila
(4.3.2)
B6 DB1 E1
Membaca, memahami dan membuat ramalan daripada bahan yang dibaca secara bertatasusila
(5.1.5, 5.2.1, 5.3.1)
B6 DB1E2
Membaca dan memahami maklumat yang tersirat serta membuat penilaian secara bertatasusila
(5.1.5, 5.2.1, 5.3.1)
hmm..penting ni...anak kathy danial ada subjek yang sudah masuk band 6,tapi ada yang masih dalam band 4 lagi..
BalasPadamOooo dah pakai code pula
BalasPadamMmg ibu bapa murid kena faham & tahu ni.. t kasih cikgu Helmi.. :)
BalasPadampanduan berguna untuk guru yang berkenaan..
BalasPadam