Pengikut

Ahad, 19 Januari 2014

Semak Senarai Harga Ikan Rakyat

Assalamualaikum semua. 

senarai harga ikan rakyat yang dipetik dari web Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Pada hari minggu seperti hari Ahad ini, pastilah banyak suri rumah yang ke pasar untuk membeli ikan, sayur dan barang dapur yang lain. Kepada yang selalu ke pasar tidak menjadi masalah untuk mengenal pasti harga ikan, sayur dan barang keperluan dapur ini. 

Mereka akan ke gerai yang selalu dikunjungi yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding gerai lain. Tetapi, kepada yang jarang sekali turun ke pasar bagaimana? Oleh itu, semak senarai harga dahulu. 

Jika di kampung, kakak sayalah yang selalu ke pasar untuk membeli ikan, sayur dan barang keperluan dapur ini. Sungguh, saya sangat memuji kecekapannya menguruskan hal dapur ni. 

Jika ke pasar, dia sudah tahu di mana hendak tuju, apa yang hendak dibeli dan gerai mana yang menawarkan harga yang lebih murah. 

Ada sesetangah orang pula, akan pusing satu pasar dahulu melihat dan membandingkan harga ikan yang hendak dibeli. Kemudian, setelah mengetahui purata harga ikan yang dijual pada hari itu, barulah dituju ke gerai yang menawarkan harga yang paling murah. 


11 ulasan:

  1. In a world like this, we need to be more aware of choosing the best price out of everythings.

    BalasPadam
  2. Semoga Kerajaan akan membantu meringkan beban rakyat miskin.

    BalasPadam
  3. rasa mcm lain je harga dekat pasar sini..hmmmm

    BalasPadam
  4. kenapa mahal snagt..jauh sangat dgn sini..huhu..lepas nie makan sosej je la..huhu

    BalasPadam
  5. ikan ccencaru kat sini plg murah . setiap kali pi pasar , mesti beli ikan tu ...

    BalasPadam
  6. semua mahal..kalau segar takpe jugak..selalu beli ikan kat econsave jer..boleh pilih sendiri..

    BalasPadam
  7. terima kasih atas senarai hrga tu...ritu tak silap sekilo kembung di penang mencecah rm18.00

    BalasPadam
  8. Fuhh.. ikan kembung skrng mmg dah mahal.. untung dtg pagi2 tawar harga boleh dpt kurang sket & ikan fresh.. klu lambat mmg tinggal yg mata merah je lah..

    BalasPadam
  9. ikan selar di tesco akak tengok hari tu rm15.00/kg..

    BalasPadam
  10. Ida teringat satu komen seorang teman di fb... pasal harga beras murah di kedai 1Malaysia. So golongan berpendapatan rendah ni bolehlah beli beras di kedai tersebut. Jadi si teman ni telah tersalah anggap dan memberi komen kenapa kerajaan memaksa golongan berpendapatan rendah ni membeli beras di kedai 1Malaysia... apa kerajaan ingat mereka tak boleh makan beras mahal ker? Anak dorang lagi makan McD dan KFC hari2...Ida hanya mampu geleng kepala jer baca komen2 semacam ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78