Pagi tadi, saya menerima panggilan telefon daripada rakan di Kedah, memaklumkan bahawa Berita Harian hari ini telah menguar-uarkan tarikh Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Novel, Cerpen dan Puisi, anjuran ITBM.
Beliau menyarankan supaya saya mendapatkan akhbar Berita Harian untuk mengetahui berita ini lebih lanjut. Oleh itu, saya bercadang akan membeli akhbar ini pada lewat tengah hari sedikit, memandangkan sedang sibuk membuat persiapan untuk sesi persekolahan esok.
Setelah saya ke pekan Batang Kali, saya melihatkan akhbar Berita Harian sudah tidak kelihatan. Begitu juga akhbar lain yang tinggal beberapa naskhah sahaja lagi. Justeru, saya ke kedai lain sekitar kawasan itu, namun malangnya semuanya habis! Bagaimana pula di tempat kalian?
Fikir saya, berita apakah yang laris sangat hingga menyebabkan Berita Harian habis begitu cepat sekali. Barangkali, masyarakat nak membaca dan meninjau perkembangan "Sambutan Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka" semalam yang didakwa kecoh. Ini sahajalah berita yang dapat saya baca. Kalau nak baca lebih, kena beli akhbar cetakan, ataupun tunggu esok sahaja.
Benarkah apa yang dilaporkan ini? Jika benar, nampaknya masyarakat di Malaysia semakin "faham" agaknya bagaimana sebuah negara demokrasi bertindak. Oh, kejahilan fahaman sistem negara demokrasi masih membelanggu rakyat Malaysia!
Sesungguhnya amat bertepatanlah dengan pengenalan Mata Pelajaran Sejarah Tahun 4, 2014. Harapnya, guru-guru dapat menerapkan dan membentuk nilai kecintaan pelajar terhadap negara sejak dari awal lagi.
Nasib baik jugalah pertunjukan bunga apa tidak dapat dilangsungkan. Jika tidak buat habus duit sahaja. Kalau di kampung saya, masih ada rumah dan kawasan yang bergelap ketika malam disebabkan tiada limpahan lampu yang menerangi. Sekadar, memanyungi payungan cahaya bulan.
selamat tahun baru cikgu..semoga menjadi tahun yang lebih baik dari tahun2 sebelum ni ;)
BalasPadamSelamat Tahun Baharu juga. Terima kasih.
Padamselamat tahun baru.. biarkan apa yang berlaku.. moga hari lebih baik dari semalam
BalasPadamSelamat Tahun Baharu Acik.
Padamselaamt tahu nbaru 2014
BalasPadamSelamat Tahun Baharu, Tuan Khairuddin.
Padamserius eh? atau dalam paper dan berita pro je yg menulis begitu. ermm, xpelah tinggalkan hal semalam. yang penting 2014 kita kena lebih kuat, emosi kena lebih stabil dan kena bersedia untuk menghadapi BN-Barang naik.
BalasPadamSelamat tahun baru 2014 cikgu,
Betul tu, selamat Tahun Baharu juga baby comel.
PadamSelamat tahun baru cikgu :)
BalasPadamSelamat Tahun Baharu juga ya, nadzim.
PadamMacam-macam yang berlaku di akhir 2013, semoga 2014 menjanjikan masa depan yang lebih baik. Selamat Tahun Baru cikgu
BalasPadamSelamat Tahun Baharu Syamil.
PadamAssalamualaikum. selamat cikgu. Pemenangnya sudah diwar-warkan kah?
BalasPadamWaalaikumusalam, keputusan akan diumumkan pada 7 Januari 2014 nanti.
PadamIda hanya senyum jer ;)
BalasPadamSenyum tak perlu kata apa-apa.
Padamkak pun dah menung memikirkan apa yang berlaku disekeliling. nak kata jangan peduli, tak boleh juga takut ianya bakal "ditanya" kemudian hari..
BalasPadamsemoga helmi tambah bersemangat berkarya di tahun 2014...kak cari buku Tetamu Istimewa tu tak jumpa2 lagi
Memang lambat sedikit. Minggu lepas saya ke KB1M di Pudu Sentral pun, masih belum sampai.
PadamMmg kenaikan harga brgn & perkhidmatan membebankan rakyat, namun kena ada cara yg lebih intelek utk menyuarakan agar penyelesaian yg lebih baik dpt diperolehi. Alhamdulillah, tiada perkara yg lebih memburukan berlaku smlm.
BalasPadamSalam ukhwah 2014 cikgu Helmi.. Selamat tahun baru.. :)
Selamat Tahun Baharu Tuan Khir.
Padamsemoga 'orang atas ' lebih peka kehendak rakyat . bila2 masa saja akan jadi lbh teruk drp itu .
BalasPadamBetul tu, dan semua pihak perlu bekerjasama.
Padamselamat tahun baru helmi.. pihak yang berkenaan hanya tahu bercakap.. cuba mereka sendiri turun melihat kesengsaraan rakyat..
BalasPadamselamat tahun baru helmi..selamat masuk mengajar semula..
BalasPadamMacam-macam terjadi.
BalasPadam