Assalamualaikum semua.
sekadar gambar hiasan-kredit foto dari sks2bk.blogspot.com |
Maaf, lambat menerbitkan entri baru hari ini. Baru sahaja selesai Kejohanan Merentas Desa di sekolah.
Di sebelah pagi pula, telah diadakan pengagihan Bantuan Persekolahan 1Malaysia RM100 kepada ibu bapa untuk setiap orang anak yang bersekolah.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya tidak tahu bagaimana prosedur di sekolah lain, namun di sekolah saya beginilah. Ibu bapa haruslah membawa dokumen ini sewaktu mengambil bantuan tersebut.
1. Surat Beranak murid (asal)
2. IC Ibu Bapa
3. Jika surat beranak tidak dibawa, boleh juga gunakan My Kids.
*Salinan Tidak Diterima
*Salinan Tidak Diterima
Hal ini penting untuk melancarkan proses penerimaan bantuan tersebut. Jika tidak, ibu bapa terpaksa balik semula mengambil dokumen tersebut.
Ibu bapa juga dikehendaki mengisi borang penerimaan atau penolakan bantuan seperti Nama, NO. IC, Tarikh, dan Tandatangan pada borang yang dikemukakan oleh guru. Mudah sahaja kan. Jadi, selepas bantuan ini diterima, gunakanlah sebaik mungkin demi peningkatan prestasi anak-anak dalam lapangan pendidikan.
Dah dapat pun....tq
BalasPadamSelamat untuk semua yang penerima..Alhamdulillah..
BalasPadamAnak2 Kak Lya belum dpt lagi ...
BalasPadamLambat sikit kot ..
Hari ni settle pemberian duit seratus tu..fuh..semua berjalan lancar..lega..hehe
BalasPadammama dah ambil semalam... :)
BalasPadamSek anak nrl baru nak agih esok pagi... rupanya lain2 setiap sekolah.. ingatkan serentak...
BalasPadamKenapa sampai kena bawa surat beranak ye...ada pernah berlaku penipuan ke?
BalasPadamsekolah di utara akan terima minggu depan..
BalasPadamSemoga segala urusan dipermudahkan.. aamiin..
BalasPadamanak kathy sampai sekarang senyap je helmi..kat sini pun sekolah menenagah sibuk dengan acara merentas desa..
BalasPadamalhamdulillah rezeki tu..
BalasPadam