Pengikut

Rabu, 22 Januari 2014

Isteri, Kenapa Lagi Cari Teman Lelaki? - Kanak-kanak 2 Tahun Jadi Mangsa Bunuh dan Rogol di Dungun


KUALA LUMPUR: Polis yakin dapat menyelesaikan kes penemuan mayat kanak-kanak berusia dua tahun di Paka, Dungun, dalam tempoh terdekat berikutan penahanan tiga suspek selain ibu mangsa, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek utama yang juga teman lelaki ibu mangsa berusia 25 tahun, ditahan di Kuala Paka jam 3.30 petang semalam.

"Polis mencari lelaki ini sejak 18 Januari lalu iaitu sejurus laporan polis dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 27 tahun mengenai kehilangan anaknya.

"Susulan penahanan ibu mangsa juga, kita mendapat tahu laporan dibuat sebelum ini adalah palsu dan wanita itu mendakwa dia dipaksa berbohong oleh suspek utama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, sebentar tadi.

Sumber: Harian Metro Online

Rasa: Nampaknya institusi kekeluargaan di negara kita masih belum utuh untuk menjadi benteng keselamatan anak-anak. Sesuatu harus dilakukan agar, institusi kekeluargaan yang dibina atas rasa kasih sayang, kesetiaan, tanggungjawab dan amanah tidak mudah tunduk pada cabaran, dugaan, ujian bahkan hasutan-hasutan nafsu dan syaitan yang boleh memusnahkan segalanya.

Benarkah cinta hanya pada yang satu? Bagaimana kesetiaan hendak diuji? Moga "kita" menjadi suami dan isteri yang cintai dan hargai Anugerah kurniaan Allah SWT. 

15 ulasan:

  1. sangat sedih dengan berita ini.. kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa...

    BalasPadam
  2. Terlalu mengikutkan hawa nafsu.. Huhu.. Apa nak jadi dengan manusia zaman skrg. Geram lak bila baca ttg kes ni..

    BalasPadam
  3. kesian nasib kanak2 tue..apa lah mak ayah..x matang

    BalasPadam
  4. sanggup bersubahat dgn teman lelaki utk bunuh zuriat sendiri..apa nak jadi dunia skrg?

    BalasPadam
  5. kak anim ada baca tentang hal ini tapi tak tahu butiran lanjutnya..
    kena cari info lanjut lepas ni:-))

    BalasPadam
  6. Apabila iman di dada setipis kulit bawang.

    BalasPadam
  7. Cikgu dah hantar alamat belum? emel ida ya iida_syuhada@yahoo.com.my

    BalasPadam
  8. Agar menjadi iktibar untuk kita semua...

    BalasPadam
  9. sy xdapat bayangkan kenapa seorang ibu tergamak biarkan anak kandung diperlakukan gitu...Ya Allah...minta dilindungi keluarga kita...

    BalasPadam
  10. Kecewa & juga merisaukan.. semoga kita semua dpt menjadi pendukung institusi kekeluargaan agar ttp utuh.. mmg itulah paksi asas yg membawa kpd kebaikan mahupun permasalahan dlm msykt mahupun negara..

    BalasPadam
  11. suami dia kena penjara, mungkin sbb tu
    tapi perbuatan tidak menghalalkan cara
    kenapa demi cinta nyawa anak tergadai?

    kejam cara pembunuhan!

    BalasPadam
  12. sedih sangat bila dengar kisah ini..

    BalasPadam
  13. sedih sangat.. :( kena semua pihak ambil tahu n ambil berat

    BalasPadam
  14. begitulah kerana terlalu mengikut nafsu, anak sendiri rela menjadi korban.. :(

    BalasPadam
  15. sampai hati dia buat anak kandung sendiri macam tu kan. hurm

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78