Assalamualaikum semua.
Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada penganut agama Hindu.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Tujuan
menjunjung susu |
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar.
Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci. Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium.
Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
hiasan bulu merak |
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala.
Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala.
Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan.
Menyiksa Diri
mencucuk pipi |
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun.
Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves.
Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang.
Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu. Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.
mencucuk belakang dengan mata pancing |
satu badan dicucuknya |
Segala apa yang dilakukan ini barangkali sebagai" kepercayaan dan tuntutan agama" mereka.
Sumber rujukan: Wikipedia Bahasa Melayu
eii ngerinya tak sanggup nak nengok
BalasPadamKita hidup dalam negara berbilang bangsa dan agama. Pengetahuan mengenai agama lain juga perlu...
BalasPadammemang mengerikan...
BalasPadamTakut nak tengok...
BalasPadamseram...tutup mata... -_-
BalasPadamIskkk tak sanggup nak tengok tapi ada gambar yang lebih mengerikan lagi cikgu...
BalasPadamdah kepercayaan mereka..boelh jadi sumber pelancongan negara..
BalasPadam..."bagi aku agama ku & bagi kamu agama mu.. " semoga kita tetap diatas jalan Allah swt... aamiin
BalasPadamaduh ngeri tak sanggup nk tengok
BalasPadamngeri sangat...hmmmm..macam-macam lah dia orang ni...
BalasPadamngerinya sampai menyeksa diri macam tu..
BalasPadam