Pengikut

Isnin, 27 Januari 2014

Lagu Berhantu LY dan Pena Baiduri Bahagiamu Deritaku Juara AJL 28

Assalamualaikum semua.

Hafiz juara AJl 28 - kredit foto dari mstar.com.my

Bahagiaku Deritamu

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

...................................

Kemenangan sudah muktamat. Seperti yang diduga, Bahagiaku Deritamu dendangan Hafiz menggondol AJL 28. Bagi saya, kekuatan lagu ini seimbang antara gubahan lagu, kepuitisan lirik dan lontaran vokal Hafiz yang lemak itu.

Bahagiku Deritamu judul lagunya sudah membawa satu konotasi yang sangat tersirat maknanya. Bagaimana kita melihat ada unsur keikhlasan, kesetiaan dan pengorbanan dalam lagu ini. Siapa yang sanggup melihat "kekasihnya" bahagia sedangkan dirinya derita. Begitu sebaliknya. Akhirnya, adakah jalan terbaik menjadi sahabat setelah terputus hubungan?

Metafora lain yang ada dalam lirik lagu ini adalah:

kau percik api membakar kenangan lama
.............

dia membawa jantungku bersamamu

Tahniah kepada LY dan Pena Baiduri. Teruskan memartabatkan bahasa Melayu dalam industri lagu tanah air. 

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah petang...tahniah kepada semua pemenang dan Juara AJL ke 28 Hafiz....suka dengan lagu ni..

    BalasPadam
  2. LY dan baiduri ni pasangan suami isteri
    yang memang tiap kali masuk AJL
    buat orang lain gentar
    sebab setakat ni semua lagu diorang berdua menang =)

    BalasPadam
  3. Keputusan yang selamat dan terbaik... Antara yg paling layak menang.

    BalasPadam
  4. Tahniah untuk pencipta lagu, penulis lirik dan hafiz sendiri yang menyemapaikan lagu tersebut denganbaik sekali...

    BalasPadam
  5. hebat..sungguh bersastera liriknya..

    BalasPadam
  6. Lagu dan penyanyinya memang layak menang... (y)

    BalasPadam
  7. Hehehe cikgu ikut juga yer AJL ni... Ida sampai sekarang masih lagi tak sempat nak tengok lagi, jangankan yang live dulu...yang rakaman pun masih belum sempat hehehe. Tapi lagu Hafiz ni memang sedap dan "boleh layan" la hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78