Pengikut

Ahad, 26 Januari 2014

Pemenang Anugerah Juara Lagu 28 Sudah Diketahui, Tunggu Masa Sahaja Untuk Diumumkan Malam Ini

AJL 28

Saya yakin, ramai yang menantikan Anugerah Juara Lagu (AJL) 28 pada malam ini. 12 buah lagu dipertaruhkan oleh komposer tempatan tanah air untuk merebut gelaran Juara pada malam ini. 12 buah lagu tersebut termasuklah:

12 lagu AJL 28/2014

1. Takkan Terpisah - Black
2. 1. In Love With You - Aizat Amdan & Noh
3. Penglipurlara - Hazama & The Penglipurlara
4. Kalau Aku Kaya - Awi Rafael & Altimet
5. Kau Yang Terindah - Alyah
6. Sahabat - Najwa Latif Feat. Sleeq & Shamkamarul
7. Tanda Tanya - Azlan & The Typewriter
8. Hanya Aku - Hyper Act
9. Salam Musik -Salam Musik
10. Bahagiamu Deritaku - Hafiz
11. Ikut Rentakku - Jaclyn Victor
12. Bosan - Stacy

Sewaktu penyertaan Dato Siti Nurhaliza dahulu, saya juga antara peminat program ini. Namun, kian hari kian penganjurannya nampak suram. Minat saya juga sudah hilang. Mungkin juga, era saya sudah pun berlalu. Muzik kini, lebih sesuai dengan muzik anak muda remaja belia. 

Aspek penjurian

Entahlah, daripada mana saya baca atau dengar juga saya kurang ingat. Setahu saya, cara pengadilan AJL telahpun dilakukan awal, terutama dari aspek lirik dan lagu. Pada malam persembahan ini malam umpamnya sekadar untuk markah persembahan dan vokal sahaja. Jadi, markah persembahan dan vokal akan dicampurkan dengan markah lirik dan lagu yang telah awal diadili. 

Bagaimanapun, bayang siapakah pemenang AJL sudahpun diketahui. Jarang sekali, persembahan pada malam ini akan menerbalikkan keputusan juri. Seperti yang sedia maklum, lirik dan lagu membawa markah yang cukup besar dalam penjurian AJL. 

Tidak dinafikan juga, keputusan yang bakal diumumkan pada malam ini mungkinkah menimbulkan ketidakpuasan hati penyokong setiap lagu yang dipertandingkan. Itu semua sekadar adat pertandingan. Sememangnya sukar untuk menilai dan memuaskan hati semua pihak.

Saya juga melihat, trend penjurian sekarang ini lebih menjurus atau mengangkat sesebuah lagu itu mengikut eranya. Jadi, lihatlah era kini muziknya apa. Dan pasti kalian akan dapat menerka lagu apakah yang bakal memenangi AJL 28 malam ini. 

Bagi saya, vokal Hafis dalam Bahagiamu Deritaku sangat memukau. 


16 ulasan:

  1. Mlm akhir cuma vokal dan aspek persembahan yg diambil kira utk dicampur dgn prmbahan awal... Same like me keterujaan menonton AJL masa 90-an dulu dah tak ada...

    BalasPadam
  2. iyalah..helmi. zaman kak dulu, sure tunggu depan TV. la ni..kurangla berminat. agaknya teknologi dah berubah, kita suka dengar dari gajet yang ada..tak macam dulu, dengar dari radio, tengok TV sajalah dunia kak

    BalasPadam
  3. urm.... nak tgk pemenang frenz united luu malam nie. baru tengok ajl muehehe

    BalasPadam
  4. wow..tajuk gepak..hehe...all the best tuk mereka^^

    BalasPadam
  5. betul . bila umur dah meningkat ni , sis pun dah krg jon hiburan nih . AF pun dah tak follow .

    BalasPadam
  6. Akak dah kurang tengok benda2 cam gini hihihi

    BalasPadam
  7. Saya pun dah kurang. AJL adalah satu-satunya yang saya masih follow
    Yang pasti Hafiz menang lagi! =)

    BalasPadam
  8. Huhuhuhu... Abak suke dgn kptusannya..hehe

    BalasPadam
  9. mama tengok sampai hafiz je cikgu, lepas tu zzzz.... hihi

    BalasPadam
  10. Kak Erin tak tengok.. huhuhu :( Tapi tau kata Hafiz menang..

    BalasPadam
  11. cik akak lagi parah bab nie....
    memang suram betoi....rasa macam tak pertandingan je..haha....
    orang sibuk menyanyi...cik akak sibuk layan laptop....
    bila keputusan je...semangat balik nak tengok..hahaha

    BalasPadam
  12. Saya tak kesempatan nk tengok langsung.. tau2 je dah habis & menang dah.. adoii.. hahaa.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78