Pengikut

Sabtu, 11 Januari 2014

Siapa yang Berani Mengata Cikgu Helmi Ni?

Assalamualaikum semua. 

Pasti hari minggu seperti ini ada sahaja aktiviti yang akan dilakukan. Ada sahaja tempat yang hendak pergi. Apa-apa pun saya ucapkan selamat berhujung minggu. 

Saya tidak sangka, saya ini sekadar seorang guru biasa dan penulis muda yang masih merangkak dalam dunia penulisan. Sudah pastilah, tidak banyak orang yang mengenali Cikgu Helmi ataupun Mohd Helmi Ahmad. Namun begitu, masih ada individu yang berani mengata saya itu dan ini. 

Pernahkah kalian singgah ke blog Satiraku Sendiri? Tahukah kalian maksud satira? Satira ialah karya (prosa atau puisi) yang mempersendakan atau menyindir orang. Ada yang berpendapat, penulis yang menulis karya berbentuk begini sekadar untuk berselindung diri. Namun begitu, ada yang berpendapat juga, karya begini dapat membina kritikan yang lebih jujur dan telus. 

Inilah bingkisan yang saya telah printscreen dari blog Satiraku Sendiri. Sudah jelas, pemilik blog yang menggelarkan dirinya Fakhai Md ini bercakap tentang saya dan mengata saya itu dan ini. 


Ada seorang penulis lagi yang menjadi bahan "mengatanya". Dan jika kalian belum mengenalinya dan ingin berkenalan dengannya boleh ke blog Satiraku Sendiri

Nota: mengata-bercakap tentang seseorang

13 ulasan:

  1. hihi, terbaik tu cikgu dia mengata pasal cikgu... :) mengata positif untuk cikgu... hihi...

    BalasPadam
  2. ingatkan mengata ape tadi....suspen je

    BalasPadam
  3. haha, trick yang berjaya utk tajuk tu...

    BalasPadam
  4. heheheh..mengata yang baik tak mengapa helmi..terkejut kathy baca tajuk,hehehehe.

    BalasPadam
  5. Oho, terima kasih Abang Helmi. Tak sangka, boleh juga dikategorikan sebagai "mengata". :)

    BalasPadam
  6. Terbaik.. kaki mengata yg terbaik tu hehee.. :D

    BalasPadam
  7. Laaa ingatkan dia mengata cikgu benda yg baik hehehe.... apa pun tahniah buat cikgu kerana sudah mula dikenali ramai

    BalasPadam
  8. ingatkan apa tadi
    hehe...dia mengata baik tu =)

    BalasPadam
  9. Assalam
    Gimik terbaik ini :)
    Tahniah Cikgu. Baik - baik sahaja itu.

    BalasPadam
  10. Mengejutkan! Bergosip dengan perkataan yang baru sahaja saya tahu - Satira. Saya ingatkan saktiara atau lebih kurang macam tu la.

    Pandai berwayang kulit.

    BalasPadam
  11. review yang positif dan membina tu.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78