Pengikut

Khamis, 23 Januari 2014

Ibu Sanggup Buat Laporan Palsu Kes Kanak-kanak 2 Tahun Dibunuh Di Dungun Demi Sayangkan Teman Lelaki

Assalamualaikum semua.

Biarpun saya masih belum berkeluarga dan mempunyai anak sendiri, tidak tegar saya mengorbankan kanak-kanak sekitar umur 2 tahun demi kebuasan nafsu kepayang yang menyelar fikiran. Ke manakah letaknya pertimbangan akal dan kewarasan fikiran untuk "menggodam" kanak-kanak yang masih tidak tahu apa-apa tentang apa itu "rogol". 

kredit foto dari BH


Kes bunuh budak 2 tahun: Ibu kena tahan

Kuala Terengganu: Polis menahan ibu kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dibunuh dalam sebuah rumah kosong di Dungun petang kelmarin selepas mengaku membuat laporan palsu kehilangan anaknya.

Pekerja kedai makan berusia 27 tahun itu ditahan jam 10.30 malam kelmarin, kira-kira tujuh jam selepas mayat Nursyafiqah Abdullah ditemui pada jam 3.30 petang. 


Mengaku dipaksa 

Dia ditahan selepas mengaku dipaksa oleh teman lelakinya supaya membuat laporan kehilangan Nursyafiqah pada Sabtu lalu ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun berhubung penemuan mayat anaknya.

Mayat mangsa dengan kesan lebam di tubuhnya, ditemui memakai baju petak biru tanpa seluar oleh pengawal keselamatan dalam tandas sebuah rumah yang belum dihuni di Taman Permint, di Seberang Paka, Dungun. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata polis juga menahan teman lelaki ibu berkenaan berusia 25 tahun yang juga suspek utama pada jam 1.30 petang kelmarin, iaitu dua jam sebelum penemuan mayat mangsa.
Dia ditahan dalam keadaan khayal pengaruh dadah di tempat awam di Kuala Paka. Dua rakan mereka, masing-masing berusia 25 tahun pula ditahan antara jam 10.30 malam hingga 1.30 pagi kelmarin.

Semua suspek direman tujuh hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

gambar dikatakan teman lelaki si ibu

Terima laporan kehilangan

Manoharan berkata, sebelum penemuan mayat, Balai Polis Paka menerima laporan ibu mangsa pada Sabtu lalu mengenai kehilangan anaknya, yang didakwa diculik seorang lelaki dikenali ketika kanak-kanak itu ditinggalkan dalam kereta MyVi di hadapan sebuah restoran di Kuala Paka.

“Ibu mangsa mendakwa anaknya hilang ketika ditinggalkan sekejap ketika dia berjumpa teman lelakinya. Susulan itu, polis menjalankan siasatan dan mula mengesan suspek utama sehinggalah ditahan. Berikutan keadaannya yang khayal, polis tidak dapat menjalankan siasatan sehinggalah menerima laporan mengenai penemuan mayat.

“Bagaimanapun, selepas ibu mangsa dibawa ke balai untuk disoal siasat, dia mengaku dipaksa oleh lelaki itu membuat laporan polis,” katanya dan menambah polis turut menahan kereta yang digunakan suspek untuk membawa mangsa.

Manoharan juga berkata, hasil siasatan mendapati lelaki itu adalah orang terakhir bersama mangsa selepas dia membawa kanak-kanak itu dengan keizinan ibunya pada jam 11 pagi Jumaat lalu.

“Ibu mangsa hanya mengetahui anaknya hilang selepas dia bertemu teman lelakinya pada malam Jumaat lalu dan memaklumkan tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada. Perkara ini dimaklumkan kepada polis selepas kita memanggilnya untuk disoal siasat,” katanya.

Pemeriksaan juga mendapati tiga suspek lelaki itu positif dadah dan dikenali sebagai penagih serta pengedar dadah kecil-kecilan.

Sumber: Berita Harian

10 ulasan:

  1. Allahu Robbi.. sedih sangat. tergamak betul! macam tak ada hati perasaan..

    BalasPadam
  2. Subhanallah.. kejamnye.. sanggup subahat ngn teman lelaki dan biarkan ank terkorban. Moga mereka dpt balasan setimpal.

    BalasPadam
  3. Masya Allah..tergamak diperlakukan perbuatan sebegini terhadap kanak-kanak 2 tahun..semoga diberi pembalasan setimpal & mendapat hidayah..

    BalasPadam
  4. Kehancuran moral. Pertanda kiamat kah?

    BalasPadam
  5. sanggup dia korbankan anak untuk teman lelaki dia...tak berperasaan sungguh

    BalasPadam
  6. mama kehilangan kata-kata bila mengingatkan kisah ini, hati seorang ibu seperti mama hancur bila mengingatkan detik-detik hitam adik itu.. apapun, mama berdoa biarlah setimpal hukuman yang diberi, jika tidak di dunia, tunggulah balasannya di sana kelak.

    BalasPadam
  7. buat jahat pun nak sembunyi lama mana...tak lama pun nak sembunyi dah kena cekup...

    BalasPadam
  8. sedih sangat...inilah padah jadi hamba dadah..

    BalasPadam
  9. zalim sangat.. buat apa la nak sayang dan lindungi sangat lelaki macam tu.. bayangkan 9 bulan dia susah-susah kandungkan anaknya dan susah payah bersalin, sekelip mata je semuanya hilang selepas serahkan kepada lelaki durjana macam tu.. ibu apa macam tu.. ibu ayam ke?
    p.s: maaf sebab teremosi pula sebab terlalu geram..

    BalasPadam
  10. Ibu kucing kat rumah Ida tu pun tahu sayangkan anak dia...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78