Perkembangan Terkini Kes Kanak-kanak 2 Tahun Mati Dibunuh di Dungun-Nursyafikah Abdullah
Tan Sri Musa Hassan-kredit foto dari gelombang.rakyat.blogspot.com |
KUALA LUMPUR : Pihak polis sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan ketika dihubungi menafikan gambar datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.
Gambar itu turut mendapat kritikan ramai di laman sosial sejurus ia dimuat-naikkan.
"Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat," Manoharan memberitahu Astro AWANI.
Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.
Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.r
Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.
Rabiatul Adawiyah yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.
Tindakan penyebaran foto kanak-kanak itu di laman media sosial dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Musa berkata perbuatan itu menunjukkan orang yang menyebarkannya tiada perasaan dan suka dengan keganasan.
Nota: Pengajaran daripada kes ini, moga blogger-blogger sekalian janganlah terlalu ghairah untuk menerbitkan atau berkongsi sesuatu berita atau cerita yang belum pasti benar, ataupun gambar yang boleh mengaibkan seseorang mahupun keluarga sebelah pihak. Peringatan ini juga ditujukan kepada kita semua pengguna laman sosial dan internet.
ye..berhati² untuk sebarkan sesuatu maklumat,apatahlagi kes berkaitan jenayah..muhasabah diri..
BalasPadamMmg tak elok pon... Kena jga hati dan prsaan yg terlibat...
BalasPadamitu la..rata-rata blogger di Msia ni mempunyai etika dalam penyebaran maklumat dan perkongsian cerita..mungkin ada sesetengah tu terlepas pandang dengan isu sensitif ni...minta di jauhkan..
BalasPadambetul tu, kita kena berhemah dalam
BalasPadammenyebarkan sesuatu maklumat
Assalamualaikum salam perkenalan.
BalasPadamDah la kes bunuh kanak2x itu satu hal.Yg kes sebarkan gambar mayat kanak2x itu pun satu hal juga.Dia ingat dia boleh jadi hero dlm media sosial agknya namun trsilap lngkah
janganlah sibuk menyebarkan aib orang takut aib sendiri nanti lagi teruk.
BalasPadamharus berhati-hati menyebarkan sesuatu berita sebelum dipastikan kesahihannya dari pihak berkuasa.. berkenaan penyebaran gambar itu pun akak rasa geram dengan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.. jika terjadi sebegitu ke atas saudara atau ahli keluarga sendiri mungkin mereka akan sedar..
BalasPadamsedih kan. kadangkala sifat 'jaga tepi kain orang' oleh rakyat malaysia ni sangat tak mengena tempat. :((
BalasPadambalasan mengaibkan orang lain...
BalasPadamCN mmg tak boleh tgk gambo tu, kes yang pegawai bank kena tembak pun sama, tersebar meluas dekat fb, kesian keluarga mangsa
BalasPadamBetul tu cikgu... Ida pun ada kongsikan berita ni kat blog Ida
BalasPadam