kredit berita dari BH dan ITBM |
Inilah berita yang saya mahu baca semalam. Baru hari ini dapat baca setelah "Gara-gara Berita 'Kecoh Sambut 2014' Berita Harian Habis Dijual".
Biarpun saya tidak menyertai sayembara ini, saya fikir saya harus mengikuti perkembangannya.
Sayembara ini merupakan sayembara terbesar dalam dunia penulisan sebenarnya. Bukan calang-calang penulis dapat menyertainya.
Sayembara ini bukan sekadar sebuah atau dua buah cerpen atau puisi, sebaliknya untuk puisi melibatkan 30 buah dan 10 buah cerpen yang belum pernah disiarkan di mana-mana media sama ada cetak atau online.
Kiranya, sayembara ini sama seperti menyiapkan sebuah manuskrip untuk diterbitkan buku.
Yang pastinya, pemenang dalam ketiga-tiga kategorinya, bakal melihat buku mereka terbit pada 7 Januari 2014 nanti.
terima kasih. saya memang tunggu entri cikgu pada hari ni untuk mengetahui tentang sayembara ni.
BalasPadamcheq singgah sini. Teringin juga nak masuk :)
BalasPadamterbaik.. :)
BalasPadamJohan dapat 15 ribu. cikgu berpeluang tu :)
BalasPadamdah menang baru terbitkan . eksklusif tu .
BalasPadamWahh bagus ni.. mudah2an menjadi pencetus semangat kpt yg meminati utk terus berkarya & bekerjaya...
BalasPadamsaya belum pernah menyertai apa-apa pertandingan dalam bidang penulisan. Mungkin boleh dicuba untuk misi tahun baharu. :)
BalasPadammenarik itu.. all the best untuk helmi..
BalasPadamCikgu, buku-buku para pemenang sudahpun dicetak dan menanti pengumumannya sahaja. Semua buku para pemenang, bakal didapati pada 7 Januari nanti. Itu yang Kak Long sempat baca menerusi FB. Cuma, tidak disiarkan sama ada di FB ITBM sendiri ataupun laman sesawang ITBM - ruangan buku terkini. Hehehe dah selongkar cari kut-kut ada 'tersorok'.
BalasPadamTapi, Kak Long ada 'tertengok' gambar profil FB salah seorang sahabat penulis, Kak Long klik gambar profil tersebut, Kak Long dapat mengagak beliau merupakan salah seorang pemenangnya. Memang bukan calang-calang orangnya. Judulnya menarik :) Sebab dah cari judul tersebut dalam sesawang ITBM, belum dikemas kini lagi. Maknanya, eksklusif tu :D
Kak sertai juga kan? Dengar cerita,, pemenangnya sudah dimaklumkan. Bagaimana pula dengan Kak Long? Ada dapat panggilan ke?
PadamKak Long tak sertai pun. Tak sempat, cikgu. Dah paras hidung hehehe. Antara yang termuat dalam kumpulan puisi terbaharu Kak Long yang bakal terbit tu merupakan karya yang pada awalnya nak disasarkan menyertai sayembara inilah hehe.
BalasPadamKak Long, ada berapa buah puisi Kak Long yang pernah terbit di media cetak sebelum dibukukan? Manuskrip kumpulan puisi saya tu, kebanyakannya hampir separuh pernah diterbitkan. Maklumlah, buku pertama puisi. Kalau puisi baru belum yakin lagi nak hantar. Macam Kak Long, penulis mapan ok lah.
PadamTak masuk, tak sempat pun, cikgu. Dah paras hidung tempoh hari hehehe. Sebab tu Kak Long rombak semula dan dikumpulkan dengan karya-karya yang sudah tersiar, Kak Long masukkan ke manuskrip yang bakal terbit nanti :)
BalasPadambila pertandingan berikutnya akan diadakan?
BalasPadam