Assalamualaikum semua.
Sesi persekolahan 2014 dibuka dengan rasminya hari ini bagi kawasan persekolahan B. Bertapa meriah suasana di sekolah sewaktu perhimpunan rasmi pagi tadi. Kehadiran ibu bapa, murid baharu dan sedia ada. Pelbagai ragam juga dapat diperhatikan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Seperti yang dijangka juga, pasti ada pemantauan dari pegawai sama ada Pendidikan Daerah, mahupun Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Yang tiba pada hari ini ialah Jemaah Nazir. Perkara yang paling dititik beratkan adalah persediaan rancangan mengajar guru. Menjadi satu kesalahan sekiranya guru tidak menyediakan rancangan pelajaran harian.
Musim durian dan rezeki dari bekas anak murid
Di Batang Kali, sekarang ini masih musim durian. Ceritanya, sewaktu pulang dari sekolah tadi saya singgah di gerai di tepi jalan untuk membeli air dan kuih. Terjumpa pula bekas anak murid (sewaktu mengajar di SJK C) dan ibunya yang menjual durian. Setelah berbual seketika, alhamdulillah rezeki saya ibu kepada bekas anak murid saya itu menghulurkan dua biji durian kepada saya.
Kali ini barulah saya mempercayai kata-kata sesetengah orang, "tidak rugi jadi guru, kalau ada rezeki, berjumpa dengan bekas anak murid yang berniaga, pasti ada sedikit buah tangan yang dihulurkan".
Namun begitu, kami (guru) tidak mengharap semua ini. Kejayaan anda sudah membalas jasa kami mendidik anda. "Kalau ada yang menghulur, adalah yang merasanya". Terima kasih.
alahmdulillah, rezeki cikgu..uhh durian tuu.. :)
BalasPadamJasa guru... dikenang sampai mati. itulah istimewa dan beruntungnya jadi cikgu.
BalasPadamalahai..sedapnyer durian..
BalasPadamsekolah saya juga dilawati nazir..:) seronoklh dpt mkn durian ye.. selamat kembali bertugas cikgu Helmi..:)
BalasPadammurah rezeki cikgu
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamterbaik...sedapnya.
BalasPadamkalau bekerja sebagai pendidik yang jujur nak membantu anak bangsa, insyaAllah anak murid akan kenang sampai bila2. Cikgu saya pernah cerita, anak muridnya yg jadi pilot (super senior saya la tu) pernah offer dia duduk dlm cockpit kapal terbang, nak tunjuk kat cikgu kerjaya dia sekarang.
BalasPadammusim durian masih ada lagi di selangor ya.. kat sp dan ipoh tak nampak bayang dah
BalasPadamp/s untungle jadi cikgu
Murah rezeki jadi guru...kalau kita di tempat mereka, pasti kita pun lakukan yg sama.
BalasPadamBatang kali memang tengah meriah dgn durian sejak cuti sekolah lagi.
Alhamdulillah.. sedapnya durian.. :D
BalasPadamRezeki seorang insan bergelar guru lebih besar daripada nilai durian tu. Kan. :)
BalasPadamalhamdulillah rezeki dapat buah durian.. semoga terus murah rezeki.. :D
BalasPadam