Assalamualaikum semua.
Aplikasi Pangkalan Data Murid |
Tugas segera yang perlu dilakukan oleh guru kelas, mengemaskini data murid 2014 dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Pengemaskinian ini perlu dilakukan agar kerja-kerja kemasukan data murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) berjalan lancar nanti.
Apa yang perlu dikemaskini? Ya, perkara utama yang guru kelas harus beri perhatian ejaan nama murid yang harus mengikut nama pada kad pengenalan atau pun surat beranak.
Selalunya kesilapan yang guru lakukan, contohnya: ejaan MOHD, MOHAMAD, MUHAMMAD dan seumpamanya. Perhatikan betul-betul ejaan nama tersebut, kerana adakala ejaan tersebut tidak sama untuk semua murid.
Pastikan juga nama murid tersebut disertakan sekali BIN DAN BINTI. Kemaskini, nombor telefon ibu bapa atau penjaga. Sekiranya kerja ini dilakukan dengan teliti, insya-Allah guru kelas pada tahun akan datang lebih mudah mengambil alih.
Untuk kemaskini maklumat tersebut guru boleh klik pautan ini.
* URL baru untuk kemaskini APDM 2015
Nampaknya tugas guru dah banyak mengemaskini data juga...
BalasPadambanyak kerja juga yer?
BalasPadamSemoga dipermudahkan & dilancarkan segalanya demi kebaikan pelajar2 & generasi seterusnya.. aamiin.
BalasPadamsemua urusan kemaskini menggunakan sistem.. tentu memerlukan guru yang mahir menggunakan komputer..
BalasPadam