Pengikut

Isnin, 13 Januari 2014

Kreativiti Hiasan Bilik Darjah

Sudah pastilah guru yang diamanahkan untuk menjadi guru kelas mahukan bilik darjahnya ceria dan kemas. Bagaimanapun, tidak semua guru kelas kreatif untuk menghias bilik darjahnya. Satu persoalan yang menjadi tanda-tanyanya, perlukah bilik darjah yang comel, ceria, kemas, bersih dan tersusun?

Pengurusan Bilik Darjah yang Kondusif

Pengurusan bilik darjah yang kondusif dengan mengambil kira susunan, kebersihan, hiasan dan suasana bilik darjah itu adalah penting supaya dapat menyuntik semangat untuk murid belajar. Ada sesetengah bilik darjah bersih dan tersusun. Ada pula bilik darjah ceria dan cantik. 

Bagaimanapun, bilik darjah yang kondusif ialah bilik darjah yang tersusun, kemas, bersih, ceria dan cantik. Oleh itu, guru kelas haruslah memainkan peranan penting dalam mewujudkan semua suasana ini.  

Saya kira, di Sekolah Kebangsaan Batang Kali, bilik darjah yang boleh dijadikan contoh ialah Tahun 1Tekun. Guru kelasnya sangat kreatif dalam menghias bilik darjah. 

Hiasan di Pintu Masuk Bilik Darjah

Hiasan di pintu masuk Tahun 1Tekun sudah menggamit murid untuk masuk belajar. Apabila kalian memasuki rumah misalnya, sekiranya halamannya sudah bersih, sudah pastilah di dalamnya juga begitu. Begitu juga dengan sebuah bilik darjah. 

Hiasan di pintu masuk juga berperanan dalam mencetuskan emosi dan suasana tarikan kepada murid. Jadi, jangan lepas pandang hiasan pada pintu masuk bilik darjah.


Kata-kata Semangat Sebagai Peransang

Guru haruslah bijak dalam memilih kata-kata semangat untuk ditampal di dalam bilik darjah. Tujuannya untuk membakar semangat murid untuk belajar dan gigih berusaha. 

Kata-kata semangat itu pula haruslah sesuai dengan tahap murid tersebut dan sekiranya boleh kata-kata yang dipilih itu senang dilafazkan ataupun dilaungkan. Antara kata-kata semangat yang boleh guru gunakan:

CIKGU MOHON RESTUMU, HALALKAN ILMU PADAKU

SELAMAT DATANG 
ANDA KINI BERADA DI KELAS BERPRESTASI TINGGI

CIKGU BIMBINGLAH DAKU TANPA JEMU


Hiasan begini lebih sesuai untuk Tahun 1, banyak kata-kata semangat yang ditampalkan. 


 SALAM KUHULUR SENYUM TERUKIR


 KAMI BELAJAR MEMBACA, MENULIS
SEMOGA ALLAH BERKATI. AMIN

Perkongsian ini sekadar cetusan idea dan kreativiti sahaja. Sekiranya, guru boleh lakukan yang terbaik lagi amat digalakkan. Apa yang pastinya, setiap hiasan di dalam bilik darjah haruslah mengutamakan keselamatan murid. Elakkan menggunakan hiasan yang tajam dan boleh mencederakan murid. 

Boleh saya katakan, bilik darjah itu boleh menjadi cermin terhadap diri guru kelas tersebut. 

13 ulasan:

  1. Wah... mtap!!! Abak pun kna blajar cara nk mgurus ni..hihi

    Salam Maulidur Rasul..
    Abak nak ajak join segmen :
    http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html

    BalasPadam
  2. sesuai untuk membentuk peribadi mulia . tapi untuk memahami , blm tahap mrk lagi ...

    BalasPadam
  3. ibu syuk pun mereka2 hiasan dalam dalam kelas dia. hehe

    BalasPadam
  4. Suka dengan kelas yang bersih dan dihias rapi..mood belajar pun senang nak datangkan cikgu!!!!

    BalasPadam
  5. selalunya kelas tahun 1-3 je ceria. masuk tahun 4-6...kureng sikit. tak taule napa.
    dah banyak sekolah kak p..camtule selalunya..
    agaknya cikgu tahap 1 lebih berjiwa keanak-anakan agakanya, hee (termasuk kak anim)

    BalasPadam
  6. bila kelas cantik dan bersih mesti bersemangat untuk belajar.. :D

    BalasPadam
  7. cantik..mesti seronok belajar di kelas yang cantik..

    BalasPadam
  8. Wah! sungguh cantik kelas... Barulah ceria, tak jemu mata memandang :)

    BalasPadam
  9. Wahh.. cantik. Pasti masing2 bersemangat utk belajar & mengajar.. :)

    BalasPadam
  10. dok cari maklumat utk assignment tetiba jumpa blog kawan..haha
    nice one....share ye utk tugasan subjek Budaya dan Pembelajaran

    BalasPadam
  11. Wah cantik lah..tq for sharing this..^^

    Jemput singgah entri saya hari ini:
    http://goodlifewithnaturalsupplement.blogspot.com/2014/11/promo-shaklee-nov-2014-omega-guard.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78