Pengikut

Jumaat, 5 September 2014

Fokus Karangan UPSR: Fakta - Faedah Membaca

Assalamualaikum.

Jika hendak dikira bilangan hari UPSR 2014, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Ketika ini, di sekolah guru dan murid sudah pastilah membuat ulang kaji, pecutan terakhir dan menggunakan formula terbaik untuk menelaah tajuk-tajuk penting, fokus utama setiap mata pelajaran termasuklahBahagian B: karangan atau penulisan Bahasa Melayu

Antara kaedah tersebut, guru akan memberikan isi-isi penting atau rangka karangan atau karangan contoh tajuk yang ditekankan untuk UPSR 2014. Oleh itu, saya cuba berkongsi rangka karangan untuk tajuk-tajuk penting itu. Untuk permulaan ini, saya kongsikan tentang Faedah Membaca



Tulis sebuah karangan tentang Faedah Membaca Buku.

Solan karangan tersebut juga boleh diubah kepada Faedah Membaca Buku Sains Angkasa. Hal ini kerana dalam sukatan Bahasa Melayu Tahun 5 ada Unit 12 : Sains Teknologi dan Reka Cipta. Sudah semestinya murid telah mempelajarinya. 

Rangka Karangan


1. Seorang murid mesti __________________(apa) buku.
2. Membaca buku banyak mendatangkan ________________. (apa)
3. Kita boleh menambah _________________(apa) tentang sains angkasa.
4. Kita dapat mengetahui tentang ___________________(apa)
5. Bidang sains angkasa merupakan bidang yang _________. (apa)
6. Kita juga dapat menambah ___________(apa) tentang angkasa.
7. Kosa kata dapat membantu _______________(apa) soalan tentang sains.
8. Kosa kata baru tentang angkasa amat __________(apa) untuk dipelajari.
9. Membaca buku sains angkasa dapat menarik ___________ (apa) murid untuk
meneroka angkasa.
10. Murid akan menanam cita-cita untuk menjadi__________. (apa)
11. Murid-murid akan __________(apa) untuk mencapai cita-citanya.
12. Membaca buku sains juga dapat mengisi________(apa) lapang.
13. Mereka dapat ___________(apa) diri daripada gejala tidak sihat.
14. _______ (siapa) gembira kerana anak mereka bijak mengisi masa lapang.
15. Kesimpulannya membaca buku sains angkasa banyak mendatangkan
_____________(apa).
16. Oleh itu, ___________(siapa) digalakkan membaca buku sains angkasa.

Karangan Contoh

Karangan contoh ini pula lebih bersifat umum tentang faedah membaca. 


Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat banyak kelebihan dan manfaat.


Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.

Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya, kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia mahu pun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, “ membaca jambatan ilmu”.

Sumber: Karangan UPSR

NOTA: Bahan ini merupakan perkongsian daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hasil daripada perbincangan dan perbengkelan yang dianjurkan. Oleh itu, saya panjangkan di sini untuk perkongsian bersama. Kredit juga perlu diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Modul Mulus Bahasa Melayu). 

3 ulasan:

  1. Anak ke3 kathy 2 tahun lagi baru upsr..

    BalasPadam
  2. Entri cikgu saya jadikan rujukan utk anak saya.. T kasih.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78