Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu.
Semalam keluarga saya telah berpakat untuk mengacau bubur "sora" atau asyura. Jadi, sempatlah saya ambil beberapa gambar untuk dikongsi bersama. Saya tidak pastilah bagaimana bubur asyura di tempat lain. Tetapi di kampung saya, beginilah.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah, tepung (tetapi mak saya tak guna tepung beli, sebaliknya dia mesin sendiri beras), gula, santan, garam. Bahan sampingan yang lain seperti kacang kuda, kacang hijau, keledek, jagung. Kalau suka pisang boleh juga dimasukkan.
kawah yang telah dimasukkan beras yang telah dikisar, santan, gula dan garam.
Setelah beberapa lama, masukkan pula bahan seperti jagung, kacang kuda.
Kemudian, masukkan keledek, kacang hijau.
Hasilnya setelah masak dan enak dimakan. Hampir empat jam kami mengacaunya.
Kata emak saya, bubur asyura jika dikacau di dalam kawah hasilnya sedikit kehitaman. Sebaliknya, jika dikacau di dalam periuk besar hasilnya keperang-perangan sahaja. Saya suka bubur yang hitam ini.
tak pernah makan, nie pun first time dengar. nampak macam sodap ^^
BalasPadami love bubur asyura!
BalasPadambubur asyura lain dari yg lain..sedap...tb dlu mase kt utara ngn pantai timur slalu mkn bile ade majlis keramaian
BalasPadamsaya suka frozen bubur asyura..yummy :)
BalasPadamsedap tu....
BalasPadamSeumor idop ni x pernah makan bubur ni...huhuhuh
BalasPadamCedap kew?
wah.. sedapnya.. setiap negeri mempunyai bubur asyura yang berbeza rasa..
BalasPadamBerbeza rupa dan cara...tapi rasanya tetap sedap!
BalasPadamsepertinya enak, kl di tempat saya kira2 namanya apa ya?
BalasPadam#bingung
eh kacang kuda tuh kacang yg macem gmn yah ?
BalasPadamwah..terbaik..
BalasPadamwah!sedapkan...nak-nak bila buat dalam komuniti..merapatkan ukhuwah yang terjalin..:D
BalasPadamWahh cikgu Helmi.. terliur sy dibuatnya. Sy mmg suka bubur asyura.. dah lama juga x merasa bubur Asyura Kedah spt itu.. mmg terbaik.. :)
BalasPadamxsama mcm kelantan punya..:)
BalasPadamPertama kali saya lihat bubur asyura yang belum siap. Apa yang sedia maklum dalam fikiran saya, buburnya memang sedia gelap dan bahan-bahannya ialah campuran pelbagai makanan. Itu sahaja.
BalasPadam:)
teliur
BalasPadamPostingan menarik, saya beberapa kali melihat atau mendengar sekilas adanya bubur asyura tapi baru kali ini membaca cara membuatnya... apakah sebab dinamakan asyura karena ada peringatan / event tertentu ?
BalasPadam