Selain Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil (HSKU) tidak kurang hebatnya juga. Bagi kalangan penulis sudah semestinya mengetahui tentang HSKU yang saban tahun diadakan. Menjadi satu penghargaan sekiranya karyanya diiktiraf dalam hadiah sastera ini.
Berikut saya senaraikan kategori yang dipertandingkan dalam HSKU. Walaupun banyak kategori, namun hanya kategori novel remaja dan kajian sastera sahaja yang perlu dan boleh dihantar kepada urus setia. Hal ini kerana kategori lain, penyertaannya adalah berdasarkan karya yang disiarkan di media utusan seperti Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Pemikir, Wanita dan Harmoni.
KATEGORI CERPEN, CERPEN REMAJA, PUISI DAN KAJIAN DAN RENCANA SASTERA
|
KATEGORI NOVEL REMAJA
|
HADIAH
KATEGORI NOVEL REMAJA (BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS)
Tempat pertama : RM7,000
Tempat kedua : RM4,500
Tempat ketiga : RM3,000
KATEGORI CERPEN REMAJA
3 hadiah utama: RM2,500 setiap satu
6 hadiah penghargaan: RM800 setiap satu
KATEGORI CERPEN
3 hadiah utama: RM3,000 setiap satu
6 hadiah penghargaan: RM800 setiap satu
KATEGORI PUISI
3 hadiah utama: RM1,000 setiap satu
6 hadiah penghargaan: RM500 setiap satu
KATEGORI KAJIAN SASTERA
1 hadiah: RM2,000
KATEGORI KAJIAN SASTERA
1 hadiah: RM2,000
KATEGORI RENCANA SASTERA
2 hadiah: RM1,000 setiap satu
|
Karya yang dihantar (kategori Novel Remaja dan Kajian Sastera)
mestilah dikepilkan dengan surat penyertaan yang mengandungi maklumat diri,
alamat dan nombor telefon, dua keeping gambar berwarna berukuran passport dan
pengakuan bahawa karya adalah asli. Karya tanpa maklumat yang lengkap tidak
akan dipertimbangkan untuk pertandingan.
ALAMATKAN KARYA ANDA KEPADA:
Urus Setia
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil 2013
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
No. 1&3, Jalan 3/91A
Taman Shamelin Perkasa
56100 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03-92856577
(Faridah Shamsudin/Badrol Awang/Rahayu Razak)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN MANUSKRIP ADALAH PADA 31 DISEMBER 2013
|
Alhamdulillah, biarpun setahun jagung dalam dunia penulisan dapat juga saya merasai nikmat menggenggam HSKU pada tahun 2010 dan 2011. Pada tahun 2010 menerusi cerpen Bunga Telur Kenduri Kahwin dan 2011, Kuih Bakul Limau Mandarin. Walau sekadar hadiah penghargaan kategori cerpen remaja ianya tetap bermakna.
tq helmi...
BalasPadamHuh, belum cukup keyakinan untuk mencuba segala ini. Masih banyak kena belajar, :)
BalasPadamtahniah....teruskan usaha
BalasPadamMenarik ni.. semoga berjaya kpd peserta yg layak.. :)
BalasPadamTeringin nak cuba tapi ilmu di dada ini masih cetek rasanya...
BalasPadamhebat helmi pernah menang.. semoga berjaya kepada yang menyertainya.. :D
BalasPadamassalamualaikum, terima kasih atas maklumat dan tahniah.
BalasPadamhbat tu dh menang..
BalasPadamLumayan jugak hadiahnya tu...
BalasPadamMenarik hadiah yang dijanjikan... tapi tak ada bakat laa.. :D
BalasPadamTahniah Helmi pernah menang.. hebak mu..! :D
Assalamualaikum, cikgu. Kak Long ada hantar mesej kat peti mel cikgu.
BalasPadamBerita baik untuk mereka-mereka yang punya bakat anugerah Allah. Agak lumayan hadiah dia..
BalasPadamselamat menyertai pertandingan ini.
BalasPadamsaya suka menulis, tapi tidak pandai dalam berpuisi atau cerpen
BalasPadamLumayan jugak hadiahnya....
BalasPadamPerghhhh lumayan hadiahnya... Ida nak tanya, kalau dah menang pertandingan tu, macam satu2 novel tu kalau diterbitkan apakah penulis masih boleh menerima royalti?
BalasPadamSoalan cepu cemas ni. Untuk novel saya tak pasti. Untuk antologi cerpen pula setakat 2 buah antologi yang memuatkan cerpen saya yang menang tahun 2010 dan 2011, tidak dapat apa-apapun. Namun, kata kawan saya ada juga pihak utusan maklumkan hal royalti ni tapi, bila saya tanya balik kawan saya tu, senyap je pikah utusan tu.
Padamwah tuan, tahun ni ada karya terpilih lagi ke? hehe.
BalasPadamwadduh, mcm best jer nih. tapi kategori hanya 2 pilihan jer ? .oh ya, sy sebenarnya nak tnya..mengikut pglaman cikgu, kalau hantar cerpen ke mana2 majalah DBP mcm t.cipta tu, barapa pnjang ideal sesebuah cerpen tu? sy masih confuse..ada yg kata 2k ayat ..ada yg kata 5k.. nanti ckgu shout kat shoutbox sy yer cikgu. TQ :^__^
BalasPadam