Pengikut

Sabtu, 9 November 2013

Parodi: Video Awek Legoland Bikin Panas

Rasanya janggal pula apabila saya menerbitkan entri "popular" begini. Namun begitu, saya bukan hendak mengaibkan sesiapapun, sebaliknya marilah sama-sama kita buka minda dan belajar muhasabah diri. 



Nampaknya, masyarakat kita tidak belajar dari kesilapan lalu. Saya rasa sudah berulangkali kes video yang dimuat naik di You Tube diparodikan oleh segelintir "orang" yang "nakal". Antara persoalan yang hendak saya timbulkan di sini:

1. Apa motif video itu dirakam?
2. Kenapa video itu dimuat naik untuk tontonan umum?
3. Mengapa masyarakat kita suka ambil kesempatan dengan "parodikan" video tersebut?

Kes ini sukar nak cari punca mulanya, seperti hendak mencari jawapan siapa pemulanya sama seperti ayam dan telur. Siapa yang wujud dahulu. Kalau tiada telur, tiadalah ibu ayam. Kalau tiada ibu ayam, tiadalah telur. 

Nasihat saya, walau apa sekalipun tujuan video itu dirakam, simpanlah elok-elok. Tidak perlulah dimuat naik untuk tontonan umum walau sekadar hanya untuk suka-suka. Dan, kepada yang selalu nakal-nakal tu, berhati-hatilah melakukan perbuatan "nakal" itu takut nanti terkena batang hidung sendiri pula. 

12 ulasan:

  1. itulah cikgu, acik pon tak faham mereka ini , yang buat video atau parody video ..masing2 kejar mahu famous

    BalasPadam
  2. Saya rasa masalah parodi ni hasil budaya negatif yg ada dlm msykt kita lah cikgu.. sbg contoh, klu di sekolah dahulu.. bila pelajar nakal dimarahi guru, mereka memperolokkan gaya & cara cikgu itu marah apabila cikgu itu sudah tiada & selalunya menjadi bahan ketawa rakan2nya.. simptom ini pada waktu kini amat berleluasa terutama apabila adanya media2 sosial ini.. sesuatu mmg perlu dilakukan sbb x elok dgn budaya timur atau budaya melayu itu sendiri.. malu kita..
    Tp tak tau apa & bagaimana yg harus dilakukan.. T kasih diatas perkongsian ini.. Salam hujung minggu.. :)

    BalasPadam
  3. Haha tak sangka cikgu pun layan juga ya benda2 ni hehe... seperti yang ida pernah tulis di entry ida minggu lepas klu tak salah... mencipta sesuatu "keluarbiasaan" ini sudah menjadi trend malah menjadi ikutan zaman kini untuk menjadi terkenal. Sipembuat parodi pula mengambil kesempatan di atas idea orang lain.

    BalasPadam
  4. Saya tak faham!...dan saya memang tak akan faham! Apakah motif video ini...
    Satu perkataan sahaja yg sesuai... Memalukan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan saudara bin muhammad.
      entah kenapa benda seperti itu menjadi trend yang MEMALUKAN
      glamour dunia yang dikejar?
      saya pun tak akan faham

      Padam
  5. motif rakam video? mungkin terlalu bosan dengan hidup,
    kenapa muatnaik? mungkin tak fikir panjang dan rasa yang menonton akan menerima video tersebut dengan perasaan terbuka,
    kenapa parodikan? masyarakat kita terkenal dengan sikap gemar mengajuk dan mungkin juga "orang" yang "nakal" itu juga takde idea nak rakam video yang bermanfaat :)

    pendapat peribadi, ya, perkara sebegini agak memalukan dan tidak patut dilakukan, cukup sekadar untuk tontonan sendiri atau suami atau keluarga, itu lebih baik~

    BalasPadam
  6. sekarang ini,,,mungkin hiburan terlalu diutamakan sehingga nilai diri dilupakan

    BalasPadam
  7. setuju sangat dengan pandangan helmi.. kadang kala kita tak sedar sehinggalah terkena batang hidung sendiri dan orang kesayangan (keluarga atau kawan baik) kita..

    BalasPadam
  8. Saya sekadar ambil tahu semua perkara ini. Tidak pernah berminat untuk memanjangkan apa-apa. Terlalu banyak perkara sebegini. Menjadi sesuatu yang klise pula, padahal tidak patut.

    BalasPadam
  9. Ummi pun tak faham dengan segelintir orang yang suka dengan parodi sebegini...apakah faedahnya, kalau cuma untuk menarik perhatian orang dengan video yang seumpama walhal akan terpercik ke muka sendiri...ramai juga yang mula terikut-ikut dengan keadaan seperti ini....apa faedahnya....hiburan selalu dudahulukan.....

    BalasPadam
  10. akak pun tak faham...risau jugak anak2 akak nakal jugak buat cam tue huhuhu...tapi sekrg anak2 akak kecik lagi...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78