Assalamualaikum semua.
Seringkali kita menggunakan darjah penghabisan yang salah dalam binaan ayat.
Seringkali kita menggunakan darjah penghabisan yang salah dalam binaan ayat.
Hal ini demikian berlaku kerana timbulnya kekeliruan untuk membezakan antara kata adjektif dalam bentuk perbandingan darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan.
Oleh itu, marilah sama-sama kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
Darjah Penghabisan
(i) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
Penanda darjah penghabisan ialah awalan se- dan gandaan.
Contoh:
sepandai-pandai tupai melompat
setinggi-tinggi gunung
sekeras-keras batu
(ii) ter- + kata adjektif
Penanda darjah penghabisan ialah awalan ter-.
Contoh:
terpandai
tertinggi
terbaik
(iii) paling + kata adjektif
Penanda darjah penghabisan ialah kata penguat paling yang hadir sebelum kata adjektif.
Contoh:
paling pandai
paling tinggi
paling baik
(iv) kata adjektif + sekali
Penanda darjah penghabisan ialah kata adjektif diikuti oleh kata penguat sekali.
Contoh:
pandai sekali
tinggi sekali
cantik sekali
Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.
Contoh:
*terpandai sekali
*paling pandai sekali
*paling terpandai
(v) ter-, (amat,sangat) + kata adjektif
Awalan ter- yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan.
Contoh:
teramat pandai
teramat baik
tersangat cantik
(vi) (amat, sungguh, sangat) + kata adjektif + sekali
Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.
Contoh:
amat cantik sekali
sungguh ceria sekali
sangat manis sekali
Latihan:
Tandakan betul atau salah bagi ayat di bawah.
1. Rumah Ali terbesar sekali di kampung itu. ( )
2. Gadis itu teramat cantik. ( )
3. Ali paling pandai sekali daripada rakan-rakannya yang lain. ( )
4. Sungguh ceria sekali kawasan taman di sekolah itu. ( )
5. Aminah murid paling cerdik dalam kelas 5 Dedikasi. ( )
Sumber rujukan: Tatabahasa Dewan
assalam,
BalasPadambagusnya cik gu, banyak pengajaran dapat kat sini...syabas cikgu...
thanks
BalasPadamsuka suka suka..boleh jadi panduan kathy mengajar anak²..
BalasPadamnice sharing :))
BalasPadamPayah sikit nak faham... Rasanya no 3&4 salah...
BalasPadamwah...pening kejab baca ni nak bagi paham
BalasPadamsaya rasa no 4&5 tu betul,
yang lain semua salah
betul ke cikgu? dapat berapa markah saya ni?
Perkongsian yang bermanfaat.. terutama kepada anak2 sekolah... mak2 & ayah2 pun boleh belajar sama.. :D
BalasPadamTerima kasih cikgu...haha mengulang kembali pelajaran yang kadang2 terlupa
BalasPadamWahh.. bagus ni utk rujukan kpd anak2.. t kasih.. :)
BalasPadambagus perkongsian ini helmi.. akak sendiri pun selalu salah menggunakannya.. hehe..
BalasPadamBaca semua ni, teringat semula waktu belajar dalam kelas. Rindunya nak belajar Bahasa Melayu.
BalasPadam