Pengikut

Jumaat, 7 Februari 2014

Alamat E-Mel Editor untuk Hantar Karya ke Media Cetak

Assalamualaikum semua.


Pengalaman mengajar saya untuk berdiri sendiri. Pengalaman mendidik saya suapaya gigih berusaha. Pengalaman jugalah yang telah mematangkan saya menelusuri sungai penulisan dengan bersampankan dayungan kegigihan untuk menjadi seorang penulis. 

Saya tidak ambil mudah dalam hal ini. Saya fikir, penulis yang terlebih dahulu makan garam pun sudah masak dengan ragam dunia penulisan. Namun, sesekali saya tidak untuk saya mendabik dada bahawasanya saya sudah menjadi penulis hebat dan penulis sombong. Masih banyak yang perlu saya pelajari. 

Seringkali saya menerima soalan begini, boleh tak senaraikan alamat e-mel editor yang ada untuk memudahkan saya hantar karya nanti? Apa alamat e-mel editor untuk hantar karya ke media itu dan media ini? Saya tidak prejudis dengan soalan ini. Sebaliknya, saya pernah melontarkan soalan yang sama kepada kenalan penulis, sebaliknya tujahan soalan itu terkena batang hidung saya sendiri pula. "Dapatkan majalah edisi terkini, ada alamat e-mel yang disertakan". Aduh, ada ngilu yang menghiris hati! 

Saya berfikiran positif yang mana kata-katanya itu sebagai cara untuk mendidik seorang penulis itu berusaha untuk mencari jalan kejayaan dengan usaha sendiri, bukannya "makan-suap". 

Sejak daripada itu, sekiranya saya hendak menghantar karya ke media tertentu (surat khabar atau majalah) saya akan membeli media itu untuk dijadikan sumber rujukan untuk mendapatkan-alamat penerbitan, e-mel. Selain itu, dapatlah saya membaca karya yang pernah disiarkan sebagai panduan untuk saya berkarya. 

Pernah kenalan rapat ataupun kenalan yang tidak dikenali sebelum ini meminta alamat e-mel editor kepada saya. Saya dengan baik hati menitipkan alamat tersebut. Namun, setelah karyanya tersiar, kenalan tersebut menyepi begitu sahaja-tanpa patah kata, terima kasih. 

Saya boleh sahaja menyenaraikan sejumlah alamat e-mel yang saya kira bukan sedikit jumlahnya yang mana setiap media tersebut pernah menyiarkan karya saya baik cerpen, puisi mahupun artikel. Namun, saya fikir saya harus bertanggungjawab dengan mendidik seorang penulis itu supaya gigih berusaha. 

Tulisan ini bukan hendak membuka aib sesiapapun, tetapi sebagai peringatan dan pedoman kepada saya juga. Bukankah lebih baik "hidup" dalam dunia penulisan ini saling membantu. Akan lebih meriah dan terasa diri dihargai. Bagaimanapun, haruslah kena pada caranya.

Nota: Saya masih seorang yang baik hati. Saya masih boleh menitipkan alamat e-mel kepada sesiapa sahaja pun yang inginkan alamat e-mel editor untuk hantar karya ke media cetak. Tetapi bukan di medium ini. Boleh hubungi saya melalui alamat e-mel saya. 


17 ulasan:

  1. Rasanya dah dua kali cikgu buat entry macam ni yang meminta alamat serta emel editor. Kesian cikgu terpaksa mengulanginya lagi kerana mereka2 yang masih tak faham2 tu. Sungguh baik budi cikgu mahu membantu serta melayan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, nampaknya Ida memang seorang pembaca yang prihatin. Terima kasih.

      P/S: Saya seperti seorang yang tidak tahu malu pula. Nak tanya ni, jika Ida dah pos "hadiah" yang Ida ingin kirimkan tu, maklumkan kepada saya ya. Takut, tak sampai pula nanti. Kesian Ida.

      Padam
  2. Orang berbudi , kita perlulah berbahsa ... resmi orang melayu ...

    BalasPadam
  3. Its ok cikgu..selagi boleh bantu, kita bantukan..jangan kedekut ilmu dan kudrat sebab semua tu bukan kita punya pun..pinjaman aje kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya, adab belajar dan menuntut ilmu itu harus ada pada seseorang.

      Padam
  4. Samalah seperti saya. Apabila saya war-warkan tentang mudahnya menulis, ramai rakan saya meminta alamat emel editor. Kemudian saya sarankan pergi membeli majalah tersebut. Nah. Setelah itu tiada langsung tindakan. Lalu, apa perlu saya kata tentang iltizam mereka dalam hal ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Jadi, mereka juga harus tahu bagaimana kita melalui detik permulaan berkarya.

      Padam
  5. jadi semua kena mula dari bawah ^_^

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    BalasPadam
  6. senyum membaca. Betul lah tu cikgu, nak berjaya ada hasil kenalah usaha kan. Even kita pergi sekolah pun kena masuk exam baru la boleh berjaya. Bukan senang2 mcmtu je. Okey, saya akan ingat perkara ni. Usaha memang tangga kejayaan

    BalasPadam
  7. Usaha tangga kejayaan.

    BalasPadam
  8. Teruskan usaha yg baik cikgu Helmi.. in shaa Allah.. apabila selesai apa yg sy hajati skrng & bersedia utk ke lembaran baru, mungkin saya juga perlukan nasihat & bantuan cikgu Helmi dalam arena penulisan media cetak ni.. Semoga cikgu terus berjaya.. aamiin...

    BalasPadam
  9. betul tu.. tidak boleh terlalu bergantung kepada orang lain.. semuanya tentu bermula dari bawah dan setiap hari terus belajar untuk memperbaiki diri..

    BalasPadam
  10. Yup! Saya sangat bersetuju dengan cara cikgu! Memang kalau kita nak apa-apa, kita kena berusaha gigih. Tak kisah bagaimanapun caranya. kalau semuanya mahu disuap... sampai bila.

    p/s: Saya sendiri tidak mengamalkan cara cikgu sebenarnya. Sebab untuk generasi saya, mereka terlalu cepat berputus asa. Jadi, saya suapkan itu dan ini untuk menarik minat mereka. Untuk membuatkan mereka lebih bersemangat. Alhamdulillah, berjaya juga ditarik seorang dua untuk menceburi bidang penulisan. :)

    BalasPadam
  11. saya nak hntr karya tapi tak tahu nak hntr ke mana :) please email kn ke kamisah_95@yahoo.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78