Assalamualaikum semua.
TPM mendengar pandangan guru- kredit foto dari BH |
Alhamdulillah, akhirnya pandangan dan "keluhan" guru diambil kira dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju untuk melihat semula keberkesanan PBS dalam KSSR yang barangkali perlu ditambah baik ataupun dihentikan.
Kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, "
Kita akan teliti perkara ini dan adakan mesyuarat selepas ini. Kalau fikir perlu dan sesuai, kita tangguhkan seketika sehingga sistem ini dilihat kemas serta boleh beroperasi secara lancar, kita akan putuskan (kemudian).
Melalui PBS, empat komponen yang diuji merangkumi Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
Sebagai guru agen pelaksana kepada sistem ini sudah pastilah "kami" lebih memahami dan merasai apakah yang terbaik.
Ada yang berpendapat, masalah yang dialami bukan sahaja melibatkan isu kelembapan sistem untuk mengisi band murid, bahkan PBS dilihat kurang berkesan untuk mentaksir murid sekaligus gagal untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
Ada yang berpendapat, masalah yang dialami bukan sahaja melibatkan isu kelembapan sistem untuk mengisi band murid, bahkan PBS dilihat kurang berkesan untuk mentaksir murid sekaligus gagal untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
insyaAllah berhasil dengan cara yang terbaik kelak..
BalasPadamTerlalu nak maju kedepan tapi terlalu gopoh...keberkesanan dan kesesuaiannya sepatutnya diuji dan terbukti, barulah dilaksanakan.
BalasPadamDah banyak kali terjadi tapi tiada dijadikan ikhtibar.
Saya menyokong penghapusan... dan bersetuju dengan perenggan yg terakhir tu.
BalasPadamsyabas...isu ini dah mula mendapat perhatian.
BalasPadammungkin perlu penambahbaikan..
BalasPadamMoga dapat solusi terbaik.
BalasPadamMasalah ni mmg agak serius di tempat saya cikgu Helmi.. sbg salah seorang ajk pibg di sini, bnyk keluhan dari cikgu utk komited dgn PBS ni sbb tugasan cikgu2 yg sedia ada pun dah banyak.. dikuatiri pemarkahan tidak betul dari profesionaliti guru2 tersebut akibat kesempitan waktu.. wallahualam.. tp pada saya, sistem yg sedia ada sblm ini pun dah ok, cuma perlu diperkukuhkan perlaksanaannya shj.. PBS ni buat cikgu pening, ibu bapa pun pening.. murid2 & anak2 jadi lagi pening... lama2 rakyat kita semua pening hehee.. :D
BalasPadamBetul tu kalau dah menyusahkan semua pihak lebih baik diberhentikan saja
BalasPadam