Pengikut

Rabu, 26 Februari 2014

Sedekahkan Sedikit Duit BR1M 3.0 kepada Peminta Sedekah di Tepi Bank

Assalamualaikum.

Peminta sedekah -kredit foto dari edyprops 

Oh, hari ini lewat menerbitkan entri. Baru sahaja pulang daripada sekolah. Seperti biasa pada setiap Rabu petang pukul 3.00 petang hingga 5.20 petang adalah waktu aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan adalah aktiviti Pertandingan Pidato, Pertandingan Bercerita dan Pertandingan Deklamasi Sajak sempena Karnival Bahasa. Selaku penyelaras dan Ketua Panitia Bahasa Melayu, saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan para peserta yang terdiri daripada murid-murid yang memberikan kerjasama.

Kembali kepada tajuk entri pada hari ini, "Sedekahkan sedikit duit BR1M 3.0 kepada peminta sedekah". Saya kira sejak duit Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 diagihkan melalui penyaluran terus ke akaun bank, kebanyakan penerima sudah bersesah-sesak dan ada yang sanggup berbaris panjang di mesin ATM untuk mengeluarkan duit tersebut. 

Selama ini seorang pengemis atau peminta sedekah yang sering berlegar di kawasan bank menghampiri kita sejurus kita keluar dari bank dengan menghulur tangan meminta simpati untung-untung memperoleh seringgit dua. Ketika itu, kita berlalu pergi begitu sahaja. "Aku kerja penat-penat, kau senang-senang saja nak minta duit aku". 

Bagaimana pula dengan situasi pada hari ini yang mana kita juga keluar dari bank untuk mengeluarkan duit BR1M. Pada masa yang sama, datang pengemis itu lagi lalu menghulurkan tangan untung-untung dapat seringgit dua. Ketika itu, apakah riaksi kita? Adakah kita akan menghulurkan barang seringgit, ataupun sebaliknya. Apakah kita juga akan memberikan alasan yang sama-"aku kerja penat-penat, kau senang saja nak duit aku". 

Tepuk dada tanya selera. Ingatlah, pemberian yang ikhlas tanpa mengungkit-ungkit walau sekecil mana sekalipun itulah yang dinamakan sedekah dari seorang yang berhati mulia. Sebaliknya, walau sebenar mana sekalipun sedekah yang dihulurkan kemudian terbit dari mulut hatta hatinya sekalipun perkataan mengungkit pasti pahalanya tidak semulia orang bersedekah sedikit hanya kerana Allah SWT.


14 ulasan:

  1. BR1M ibarat rezeki jatuh dari langit oleh sebab itu tiada salahgnya berkongsi sedikit.alhamdulillah,kami dapat lagi tahun ni,tapi semua dah save sebagai tambahan nak beli tiket flight balik ke sabah jumpa mak ayah.inshaAllah di permudahkan.

    BalasPadam
  2. INSYA ALLA, akan cuba disedekahkan mana yang mungkin :)

    BalasPadam
  3. Sedekah dengan ikhlas, In Sha Allah pulangannya berganda-ganda.

    BalasPadam
  4. Terpulanglah, sedekah itu bukan paksaan tapi amalan mulia dan besar ganjarannya. Yang penting keikhlasan...

    BalasPadam
  5. In Shaa Allah tak pernah lupa berkongsi dengan mereka...

    BalasPadam
  6. brim duit rakyat utk rakyat . saya x menemui mrk ...

    BalasPadam
  7. Betul tu cikgu Helmi.. apalah sgt klu diberikan shj seringgit dua.. mudah2an Allah membalasnya dgn kebaikan di dunia & akhirat, in shaa Allah...

    BalasPadam
  8. Benar itu saudara Helmi, apa yang ada pada kita sebenarnya bukan milik kita semua, ada sebahagiannya untuk orang lain. Jadi, sesiapa yang dapat BRIM tu, dermalah sikit untuk mereka yang memerlukannya...;).

    BalasPadam
  9. moga segala rezeki yang dianugerahkan Allah mendapat berkat dan rahmatNya..

    alhamdulillah 'ala kulli hal

    BalasPadam
  10. yang penting keikhlasan, kalau tak ikhlas
    tak ada juga nilai sedekah tu
    tapi kalau banyak sedekah kita, banyak juga balasannya

    BalasPadam
  11. sedekahlah dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan.. insya-Allah rezeki yang berkat akan semakin bertambah..

    BalasPadam
  12. Saya dapat baucer buku. :) Pertama kali merasa. Hehe.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78