Pengikut

Ahad, 1 September 2013

Adakah Kita Sudah Cukup Prihatin?

Saya yakin, kita telah diajar dan diasuh dengan didikan yang sangat baik. Tidak kiralah, didikan itu diterima daripada ibu bapa, keluarga, guru, jiran tetangga, sanak saudara, masyarakat dan sesiapa sahaja. Yang baik itulah yang harus dipraktikkan dan yang buruk dihindari.


sekadar gambar hiasa -kredit foto dari biaqpila.blogspot.com 
Sewaktu menaiki komuter pulang dari rumah kawan tadi, saya tertanya-tanya juga akan keprihatinan kita sebagai pengguna perkhdimatan awam. Selalunya, yang kita dengar berilah tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukan. Ada juga yang apabila terlihatkan orang tua lalu mereka memberikan tempat itu kepada orang tua itu. 

Tetapi, bagaimana dengan sesetengah pengguna yang tidak menghiraukan pengguna lain tidak kiralah orang muda atau orang tua, sihat atau sakit-mereka ini sewenang-wenangnya meletakkan beg di atas kerusi berhampiran mereka. Seolah-olah tiket yang mereka beli itu adalah untuk dua kerusi. Satu tempat duduk dan satu lagi tempat meletak barang. 

Oh, inikah yang kita hendak bangga-banggakan! Mengapa tidak kita letak beg itu di atas lantai dan memberikan tempat duduk itu kepada orang yang berdiri?

Paling membuatkan saya kurang puas hati apabila mereka ini buat "selamba badak" saja seolah-olah tempat duduk sudah penuh!

39 ulasan:

  1. hahaha...yang nie memang cik akak biasa tengok dah...hihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pengguna kita. Janganlah pentingkan diri sendiri sangat kan.

      Padam
  2. Mungkin suatu hari nanti, kerusi yang mampu mengalirkan cas elektrik apabila diduduki golongan tertentu akan dihasilkan untuk menghukum mereka yang biadab ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula saya baca komen ni, memang terasa lucu. Tapi, fikir-fikir balik. Memang betul juga. Harap-harap ada yang menciptakannya nanti.

      Terima kasih ya, singgah dan follow di sini.

      Padam
  3. Ada segelintir rakyat Malaysia yang ego..Tidak prihatin..tengok di jalan raya sudahlah..penggunaan hon tu diaplikasikan dengan sesungguhnya.. Potong di laluan kecemasan dan sebagainya.Tentang sikap suka chup tempat duduk dan ambik sit berlebihan tu perkara biasa saja bagi mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat kita bab ini memang gagal. Perlu ada disiplin diri barulah boleh berubah dan maju.

      Padam
  4. dah ada iklan ttg hal ini di TV tp masih ramai yg x peka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, berulang kalipun masih buat tidak faham juga kan. Kalau mereka alami sendiri barulah nak terasa.

      Terima kasih singgah dan follow di sini.

      Padam
  5. di mana2 ada sahaja sikap pentingkan diri sendiri
    moga kita sentiasa sedar..akan persekitaran
    adanya insan yg memerlukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Bertimbanglah rasa sikit. Ingatlah, tidak selalu kita beruntung. mana tahu esok lusa kita pula yang berdiri apa perasaan kita. Sedangkan kerusi belambak lagi yang dihuni oleh beg-beg saja.

      Padam
  6. yer..kadang2 naik geram juga di buatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita seorang yang memahami pasti tidak akan berlaku hal ini kan.

      Padam
  7. datang membalas kunjungan..selamat berkenalan

    BalasPadam
  8. selalu kene bile naik bas klang..ya!!warga asing tolong cop tempat duduk untuk kawan mereka!!aduss!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warga asing memang banyak sekarang ni yang gunakan perkhidmatan awam.

      Padam
  9. dimana2 pun ada sikap macam ni...mungkin kita pun pernh buat...sebab dah penat , lama sangat berdiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, bukannya satu-satu tempat saja yang berlaku.

      Padam
  10. salam tetamu istimewa..
    mereka dah besar..
    akal dah tahu beza mana yang betul dan salah..
    semoga mereka yang berkenaan berubah..
    InsyaAllah..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum..sya folo kmbali blog tetamu istimewa...

      Salu nek bas cmni la...yg sihat2 wat x tau je kat warga2 emas yg brdri..wuu

      Padam
    2. Waalaikumusalam, Gee GTG. Itulahkan. Masing-masing dah boleh berfikir. jadi, gunakan akal yang waras.

      adrianna syaz, waalaikumusalam. Terima kasih ya.

      Padam
  11. Balasan
    1. Saya selalu juga guna perkhdimatan komuter ni. Jadi, dapatlah tengok gelagat penggunanya.

      Padam
  12. kalau naik lrt atau komuter mesti nampak senario begini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Senario begini selalunya berlaku terhadap perkhidmatan bas dan komuter.

      Padam
  13. aiza selalu jumpa manusia macam ni, tak kira di dalam bas atau LRT atau komuter.. semoga semua golongan masyarakat menyedari bahawa budi bahasa itu adalah budaya masyarakat Malaysia.. tak rugi pun kita membantu mereka yang lebih memerlukan, bukannya nak kena bayar pun..
    situasi lain pula, jika helmi perasan komuter ada gerabak yang dikhaskan untuk wanita sahaja, tetapi entah macam mana kaum adam boleh menyelitkan diri bersama-sama kaum wanita.. rasa sangat tak selesa terutamanya apabila dia berdiri di sebelah kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya perasan. Saya melihat dua segi dengan pembinaan gerabak ni. Pertama baik kerana di situ terletakkan golongan hawa. Tetapi kebanyakan yang berpasangan kekasih ni, peluang merekalah untuk masuk gerabak yang campur ni. Bukankah pembinaan gerabak ini untuk menghalang lelaki dan perempuan berpelukan dan sebagainya juga.

      Padam
  14. biasa la memana pergi mesti ada yg menarik perhatian kite, prihatin kita, tak semestinye prihatin mereka... memasing dah dewasa n berakal, tapi kalo tak guna akal yg Allah berikan sebaiknya...ntahla.. pikirla sendiri kan...

    Salam kenal En Helmi.. terima kasih sudi singgah blog saya n folo anda juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kalau boleh jadilah kita manusia yang prihatin.

      salam kenal juga. Terima kasih singgah dan follow di sini. Jemput datang lagi ya.

      Padam
  15. selalu sahaja ada yang buat-buat tidur tak nak bagi yang sepatutnya duduk...tapi yang paling hamba tidak gemar ialah lelaki masuk ke bahagian yang telah dikhaskan kepada kaum hawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu, perlulah ada pemeriksaan dari masa ke masa.

      Padam
  16. ada yang buat tidur..ada yang buat tak nampak..macam-macam hal..huhu
    tapi yang paling hamba tidak gemar ialah lelaki masuk di ruang wanita sahaja...sangat tidak selesa

    BalasPadam
  17. orang sekarang banyak pentingkan diri dahulu..

    mgkn perjalanan dia jauh kot..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh tidak menjadi masalah. Beg itu, letaklah di bawah. Bolehlah kerusi itu diberi kepada orang lain duduk.

      Padam
  18. pernah terjadi kat saya macam ni..tapi adalah seorang pakcik ni, dia main redah je duduk..he3, baru dia tahu yang tempat duduk ni untuk duduk..bukan tempat letak barang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Kalau berlaku macam ni, buat muka tak malu saja. Duduk. Baru orang tu sedar kot.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78