Pengikut

Rabu, 11 September 2013

Soalan Bocor?

kredit foto dari madah-tazkirah.blogspot.com
Saya pasti, ada juga sesetengah individu yang mengharapkan ada soalan bocor dalam peperiksaan besar seperti UPSR, SPM, mahupun STPM. 

Oh, adakah dengan cara memperoleh kejayaan melalui soalan bocor kita berasa kita sudah pandai dan layak untuk dipuja-puji? 

Di manakah etika seorang guru jika mereka menyebarkan soalan bocor kepada anak murid agar prestasi sekolah meningkat? 

Di manakah letaknya keikhlasan seorang murid dalam menuntut ilmu? Bukankah peranan sekolah untuk melahirkan seorang insan yang berakhlak mulia. 


Jika ini berlaku, maka sekolah telah gagal dan bukan lagi institusi pendidikan yang tulen dalam memikul tanggungjawab membina sahsiah diri seorang murid. 

Mengapa kita harus terpengaruh dengan spekulasi soalan bocor, sedangkan selama ini kita belajar demi mencapai kejayaan. Mahukah kita persiakan usaha keras yang kita lakukan dan ratiban doa saban malam dek hanya menguja kecemerlangan dunia. Sebaliknya, kita telah menimbun gunung dosa yang dimurkai Allah SWT. 

Berdirilah di atas kaki sendiri. Andai kata kita kurang bernasib baik dalam percubaan ini, itu bukan bermakna jalan menuju kejayaan tertutup rapat. Manusia yang berjaya ialah manusia yang berjaya mengharugi segala ujian dan dugaan yang menghalang.


41 ulasan:

  1. Dulu pun zara pernah dengar ada soalan b0cor..macam mana yg boleh jadi cm tu ye..tpi zara tak terlibatlah ye..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang khabar angin saja. Ada kala pula, cuma soalan iras saja, mereka sudah heboh kata soalan bocor.

      Padam
  2. sebenarnya soalan dah bocor, cuma cara soalannya yang lain..pandai2x la kita jawab..

    BalasPadam
  3. kalau masa student dulu happy sangat bila dapat hints soalan-soalan yang bakal keluar especially subject yang susah..he..he..walaupun tak semua betul tapi ada jugak yang mengena..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya di Universiti ada saja tips-tips dari pensyarah sebab, pensyarah yang buat soalan dan semak.

      Padam
  4. soalan hampir sama tu pernah la alami.. hee :)

    BalasPadam
  5. Memang tidak dinafikan...memang ada jawapan bocor ni. Hanya terpulang kpd kita nak bagi atau tidak kepada calon2 ni. Ianya tidak mnghairankan...kerana duit sanggup melakukan apa saja...maruah dan kesan buruk kpd anak bangsa ditolak ketepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tidak selalunya ada soalan ataupun jawapan bocor. Memang jarang sekali.

      Benar, jangan mempertaruhkan masa depan anak bangsa kita dengan belian wang ringgit ini.

      Padam
  6. soalan bocor tu memang pernah dengar...
    tapi kalau setakat sekarang nie....tak de lagi kot sebab takut pada undang2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang perkara ini berlaku. Kadang-kadang khabar angin saja.

      Padam
  7. Dulu kt skola cikgu tak bagi pun soalan spot, cuma kami akan bertanya kawan2 dari skola lain kalau cikgu mereka ada bagi 'hint'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya soalan spot itu sekadar ramalan. Ada juga cikgu yang tidak berbuat demikian, khuatir murid hanya memberi tumpuan untuk tajuk itu saja. Bayangkan soalan itu tidak keluar, sudah tentu murid akan emnyalahkan guru.

      Padam
  8. satu lagi persoalan, soalan bocor ni betul2 wujud ke cikgu? teringin nak tahu dari pandangan seorang guru :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, susah nak jawab soalan ni. Setakt pengalaman saya belum pernah saya dapat soalan bocor.

      Padam
  9. ..seriously geram n nyampah kat org yg membocorkan soalan dan tukang sebarnya jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sudah dikira melanggar etika dan jika bersalah boleh dikenakan tindakan tatatertib.

      Padam
  10. Kalau soalan bocor susah nk dpt tapi soalan ramalan mungkin cikgu boleh tolong kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, selalunya ada tajuk-tajuk yang diramal oleh guru berdasarkan analisis yang dibuat.

      Padam
  11. betul tu cikgu..setuju sangat, berdirilah atas kaki dan bakat sendiri, jangan ambil kerja mudah yang akhirnya memudaratkan diri, walaupun manusia tak tahu..Allah pasti tahu..berlaku jujur jelah..itu lebih baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mencari keberkatan dalam menuntut ilmu adalah penting. Kesenangan yang diperolehi itu hanya di dunia. Sebaliknya di akhirat kelak tidak siapa tahu bagaimana nanti.

      Padam
  12. sebenarnya betul ke ada Soalan Bocor?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat pengalaman saya mengajar belum ada lagi. Tapi pernah dengar juga. Mungkin sekadar soalan iras.

      Padam
  13. Kalau masa kak Erin study dulu.. ada juga student yang bawa toyol bersama mereka ketika ada peperiksaan..

    BalasPadam
  14. soalan bocor ? jangan berharap sangat, lebih baik berdoa apa yang kita jawab itu yang terbaik :) kita dah usaha, berdoa dan bertawakal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti yang saya katakan, percayalah dengan diri sendiri dan berdoa.

      Padam
  15. harap2 tiadalah masalah macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes beginilah yang boleh membantutkan kecemerlangan minda anak bangsa kita.

      Padam
  16. Balasan
    1. Jarang berlaku.Kalau berlaku memang masalah pula. Kena jawab lain.

      Padam
  17. betul tu.. apa-apa pun elok berdiri atas kaki sendiri.. berusaha sendiri lebih baik dari mengharapkan soalan bocor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percayalah rezeki itu di tangan Tuhan. Kita berusahalah.

      Padam
  18. kat universiti pun ada lecturer bg soalan bocor kat student...

    BalasPadam
  19. soalan bocor ni memang ada .. prkara ni tngh brlaku d skola sya , skrng sya tngah ambik spm .. stakt ni soaln math,sejarah,add math bulat2 sma, hnya prlu mnghafal jawapan shaja..
    rasa geram jga mlihat cg2 yg tolong 'supply kn' dn pljr2 yg dpt jwpnny 2 ..
    tp sya x trlibat la, sya nak jawab exam ni atas usaha sya sndiri, lgipun tkut2 kalau2 sijil 2 x brkat contohnya cemerlng, lalu d tawarkn msuk course prubtn atau course yg ssh2 then gagal, krana x mmpu 'angkat' course 2 krana sblum ni pn, kta x bbrapa pndai pn , sijil yg trtulis cemerlang 2, bkn hsil dr diri sndiri..
    lgpn usaha dari diri sndiri 2 lg brmkna, haha ..
    peace ..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78