Pengikut

Khamis, 12 September 2013

Catatan: Tikus

Assalamualaikum semua. 

Lambat lagi hari ini saya menerbitkan entri baru. 
Masuk hari ini sudah tiga hari UPSR berlangsung dan sudah tiga hari saya dan AJK Unit Kesihatan menghias dan memurnikan bilik yang dikatakan "stor" sebelum ini. Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan hasilnya. 

kredit foto dari jovlivingpermatabank.com  

Catatan: Tikus 

Dalam sebuah kamar
tikus liar mengeledah
pojok
ruang
di celah-celah keserabutan
tak sempat dibersihkan.

Dalam gelap
tikus itu menggigit
menyembunyikan diri
dan membawa kesakitan
ditinggalkan sebentar tadi
hingga diri teraba-raba
mengaduh kesakitan.

Dalam sebuah kamar gelap
penuh tikus kelaparan
sudah bersarang
sukakan kesemakan
beranak-pinak
hingga aku terlupa
siapa tuan
siapa menumpang
dan aku tergigit oleh sikapku sendiri
seakan masih ada yang belum bersih.


Mohd Helmi Ahmad
28 Ogos 2011
Kg Pdg Jambu


32 ulasan:

  1. menyelami hati seekor binatang yang di takuti ramai orang..

    sangat mendalam maknanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekadar puisi-catatan biasa saja dari pemerhatian dan sedikit renungan acik.

      Padam
  2. Balasan
    1. Ramai yang geli dan tidak sukakan tikus.

      Insya-Allah, nanti saya kunjungi.

      Padam
  3. erkk..nilah haiwan yg paling saya takut dan geli..heee.teringat masa zaman kanak2 dulu saya selalu ikut arwah abah pi kebun sawit, ada satu hari time tengah kutip biji sawit relai, saya terpegang anak tikus yg masih merah...rasa tu sampai sekarang akan teringat kl nampak haiwan ni.huhu.

    p/s: tikus pun boleh jadi bahan tulis puisi ye..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, perkongsian pengalaman yang menarik!

      p/s: Apa-apa saja yang direnung dan dijalinkan dengan kretiviti mampu mencetuskan ilham berkarya.

      Padam
  4. kg padang jambu?..terengganu ke bro ? hehe

    BalasPadam
  5. ayat2 yg cantik..^_^
    zara geli dengan tikus..klu dia berjalan mng dah menjerit kut..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.

      Bukan saja perempuan, ada juga lelaki yang menjerit bila nampak tikus.

      Padam
  6. ..x suka tikus sbb berkenan sgt kt tupperware kami..habis dia bt asah gigi..huh..

    BalasPadam
  7. wah..puisi yang sungguh mantap..

    BalasPadam
  8. puisi tntang tikus.. kalau nmpak mesti lari. takut dgn binatang tu.

    BalasPadam
  9. Abang Helmi...saya gelilah tikus ni...eee....

    tapi puisinya bagus bang Helmi!

    BalasPadam
  10. puisi tikus =) bersihkan ape yang patut sebelum lebih banyak tikus membiak..statistik sekarang ni tentang tikus je dah menggerunkan saya..cegah sebelum kena

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang membimbangkan. Penyakit bawaannya juga sudah cukup menggerunkan.

      Padam
  11. teringat waktu kecik2dulu pernah kena cakar dengan tikus... isk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke. Nasib baik kena cakar tak kena gigit. Bahaya juga gigitannya ni.

      Padam
  12. wah stor kesihatan tu ada tikus ke? bahaya ni...

    BalasPadam
  13. kena jaga kebersihan untuk mengelakkan cik tikus datang ke rumah.. bahaya betul apabila dia melebihi populasi manusia..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78