Pengikut

Ahad, 15 September 2013

Atas Kemahuan dan Kerelaan

Assalamualaikum semua dan selamat pagi. 
Memandangkan hari ini hari minggu, lebih baiklah saya menulis entri yang santai-santai saja. 
Jadi, hayatilah sebuah puisi yang telah lama saya tulis ini.

kredit foto dari dewasadewa.wordpress.com

ATAS KEMAHUAN DAN KERELAAN


Sudah ditiadakan kaca dan duri
Sudah ditiadakan api dan gelombang
Sudah ditiadakan panas dan kering
Sudah ditiadakan jeritan dan tangisan
Sudah ditiadakan kecewa dan kehampaan
Semuanya manis-manis di alam percintaan
Semuanya enak-enak di alam perkasihan
Mampukah
cinta diuji
cinta diadili
cinta diragui
cinta dirasai
cinta dimengerti
cinta diyakini
cinta disambut dan ditatang?
kerana itu mahuku dan relamu.

Akan datang
Tiada lagi tangisan bayi yang memilukan
Tiada lagi gadis sunti kesirnaan warna dan wangi
Tiada lagi teruna hilang pertimbangan
Tiada lagi teruna runsing tidak keruan
Semuanya atas kemahuan dan kerelaan.


Mohd Helmi Ahmad
Alor Setar, Kedah 
4 Februari 2010



34 ulasan:

  1. Nice sharing cikgu.. :-)Hebat ya puisi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi membaca ya. Puisi lama ni, tahun 2010.

      Padam
  2. ..bhs puisi,mmg ssh utk sy faham maksud yg tersirat ..:P

    BalasPadam
  3. sungguh dalam maksudnya...kekadang perlukan 3 atau 4 kali baca utk fizi fahami maksud yang tersirat..nice sharing bro :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaik-baik pembacaan apabila dia mampu memahami apa-apa yang dibaca, biarpun berulang kali.

      Padam
  4. ada maksud yg mendalam di situ..semua dengan kemahuan dan kerelaan..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah setuju atas kemahuan dan kerelaan, akibatnya tanggung sendiri.

      Padam
  5. Kita ni memang fail part-part puisi ni..tapi bila baca rasanya macam dalam aje maksud dia..hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, boleh cuba baca banyak kali lagi. Mesti dapat faham.

      Padam
  6. mendalam maksudnya =) bagus untuk budak-budak remaja hayati puisi ni..ujian bercinta, kalau silap sikit, pasti nafsu menguasai diri..

    BalasPadam
  7. cantik ayat2 nyer..suka...

    BalasPadam
  8. very nice one, tq share yer

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum, indah sungguh bicaranya dan mendalam sekali maknanya. Insyaallah pasti smuanya akan membaik dari mas ke semasa, amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam mustika pena. Terima kasih sudi singgah di sini.

      Alhamdulillah, moga puisi ini mampu membuatkan kita semua berfikir.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78