Pengikut

Ahad, 4 Januari 2015

Nama dan Jenis Awan

Assalamualaikum.

Terbaca artikel dalam Berita Harian hari ini yang berjudul "Awan Bawa Bencana" sedikit sebanyak memberikan maklumat yang berguna untuk diketahui pembaca. Perkongsian ini juga merangkumi nama dan jenis awan yang terbentuk. 

Sifat awan yang dijelaskan secara ringkas membolehkan kita tahu apakah awan yang boleh membawa bencana dan sebagainya. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengenali nama dan jenis awan untuk maklumat tambahan kita. 



Nama dan Jenis Awan


KUMULONIMBUS (Awan Menegak)
  • Tapaknya terletak pada ketinggian 1000 kaki
  • Puncaknya boleh melebihi 50 000 kaki
  • ketebalan dan ketinggian awan ini bergantung kepada kandungan kelebapan dan kestabilan atmosfera
  • Saiz awan kumulonimbus yang cukup besar dengan intensiti hujan yang lebat menunjukkan pelbagai kebarangkalian boleh berlaku termasuk ribut petir dan gegaran udara kepada pesawat apabila melalui ruang udara sebegini.
ALTROSTRATUS (Awan Pertengahan)
  • Awan kelabu meliputi hampir keseluruhan langit
  • Menyebabkan hujan gerimis
  • Biasanya terbentuk pada waktu petang yang menandakan akan hujan pada waktu malam
SIRUS (Awan Tinggi)
  • Terbentuk pada ketinggian yang jauh dari darat
  • Memantulkan sebarang cahaya yang menyuluh ke atas dari permukaan bumi
  • Mendakan keadaan cuaca baik
STRATOKUMULUS 
  • Berwarna kelabu atau putih
  • Hanya terjadi pada lewat petang dan senja apabila atmosfera stabil
  • Hujan dalam jumlah yang sedikit
ALTOKUMULUS
  • Berbentuk seperti gumpalan kecil atau besar
  • Berwarna putih atau kelabu
  • Awan jenis ini tidak menyebabkan hujan tetapi awal altokumulus yang tebal boleh menyebabkan hujan renyai
SIROSTRATUS
  • Membentuk kepingan awan nipis yang menyelubungi langit
  • Menyebabkan pembentukan Halo iaitu lingkaran bulat yang mengelilingi matahari dan bulan
  • Terbentuk pada musim kemarau
SIROKUMULUS
  • Tinggi, tebal, putih, berpecah-pecah dan menyerupai sisik ikan
  • Berwarna putih tanpa bayangan
  • Lazimnya dilihat pada musim sejuk dan mendakan cuaca yang baik
NIMBOSTRATUS
  • Berwarna gelap yang menutupi sebahagian atau seluruh langit
  • Berbentuk seperti bukit dan terpisah-pisah
  • Membawa hujan berhari-hari tanpakilat dan petir
STRATUS (Awan Rendah)
  • Berwarna putih atau kelabu dannterbentuk oleh udara yang stabil
  • Awan yang paling dekat dengan permukaan bumi
  • Membawa hujan gerimis atau kabus


2 ulasan:

  1. Assalam... dah lama tak dengar nama2 awan tu.. Teringat waktu sekolah dahulu.. Salam ceria tahun baru 2015 cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
  2. Tq bagi nama Dan jenis awan ini...membantu Saya dalam pembelajaran

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78