Pengikut

Rabu, 7 Januari 2015

Contoh Format Penulisan RPH Bahasa Malaysia Tahun 5 KSSR 2015

Assalamualaikum.

Memandangkan sesi persekolahan tahun 2015 bakal bermula pada 11 dan 12 Januari 2015, di sini saya kongsikan contoh format penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 5 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2015. Pada tahun ini, Tahun 5 merupakan tahun pertama untuk KSSR.




RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
TEMA
KEMASYARAKATAN
TAHUN
5 TEKAD
TAJUK
Cerianya Tamanku
MASA
9.30 – 10.30 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.3
Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan
soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  i.       membina ayat berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.
 ii.       menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.
AKTIVITI
1.      Murid  ditunjukkan alat menjaga kebersihan dan berbincang tentang kegunaan alatan tersebut dan kaitannya dengan menjaga kebersihan.

2.      Guru membimbing murid menamakan dan menulis pada papan tulis tentang alatan lain yang sesuai digunakan untuk menjaga kebersihan kawasan rumah dan taman dan menyatakan sumber kewangan untuk menjayakan aktiviti  gotong-royong.

3.    Murid membaca petikan  yang dipaparkan pada skrin dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan membina jawapan untuk soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan petikan yang dibaca.

4.  Murid menggarisi  isi petikan yang menjadi jawapan pada paparan skrin dengan menggerakkan kursor.

5.     Murid menulis jawapan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan petikan.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi.
Pengayaan
Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu  :  Sivik, Celik  Kewangan
Nilai  :  Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Patuh
EMK :  TMK
KB    :  Menjana Idea, Mengecam
BCB  :  Bacaan Mentalis     
BBM
LCD, benda maujud, lembaran kerja
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman dengan betul.
REFLEKSI
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.










































Semoga Semoga perkongsian contoh format penulisan RPH Bahasa Malaysia Tahun 5 2015 dapat membantu cikgu-cikgu menyediakan PdP lebih berkesan. 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78