Pengikut

Khamis, 10 Oktober 2013

Gara-gara Nurse Datang ke Sekolah

Assalamualaikum semua. Selamat pagi.


Baru-baru ini jururawat atau pun murid lebih suka sebut nurse telah datang ke sekolah saya untuk buat rawatan gigi. Gara-gara rombongan nurse ini datang ke sekolah, murid jadi gelabah. Pelbagai gelagat yang dapat diperhatikan. Saya pasti pengalaman ini juga pernah dialami dan dirasai oleh kita sewaktu menjadi murid dulu. Kalau boleh macam-macam alasan yang kita nak bagi untuk mengelak daripada berjumpa dengan nurse tersebut.

Antara pengalaman murid saya, seorang murid ini tidak datang beberapa hari ke sekolah sewaktu rombongan nurse ini datang. Namun begitu, pada satu hari terkejut juga saya apabila murid ini datang ke sekolah dan menangis. Saya tanyalah kenapa. Katanya, "cikgu boleh tak esok chek gigi". Sebelum ini saya dah dimaklumkan oleh guru-guru lain yang dia tak datang ke sekolah kerana takut nurse

Dan, pada hari itu juga apabila saya masuk ke kelasnya, rakan kelasnya memberitahu bahawa murid ini demam dan badannya panas. Kemudian, mereka ini telah membentangkan tikar di dalam kelas agar murid yang demam ini dapat tidur. Apabila saya mengajaknya ke bilik sakit, tidak mahu pula. Bukan main takut lagi dia nak turun ke bawah.


25 ulasan:

  1. Teringat zaman sekolah rendah dulu.. Wkakaka :D

    BalasPadam
  2. hehehe..
    shark pn rasa mcm tu jugak dulu..
    punya ler takut.
    bila ingt balik mmg lucu.

    BalasPadam
  3. Cerita cikgu ni Helmi ni membawa kenangan kpd sy.. dulu sy juga adalah salah seorang yg cukup takut klu nk kena periksa gigi.. sebenarnya smpi sekarang pun masih phobia dgn dr gigi hehee.. sungguh nostalgia :)

    BalasPadam
  4. Takut sangat nampaknya.... kene buat sesuatu tu..

    BalasPadam
  5. heheh dulu TB lak paling ske bile dgr nurse dtg skolah nk inject la cabut gigi laa..hehehe sbb dorg lemah lembut aje..

    BalasPadam
  6. kita dulu pun macam tu...menggigil badan masa nak jumpa nurse nurse tu.... hehee...

    BalasPadam
  7. takut jumpa doktor gigi ye...biasalah budak2..hihi

    BalasPadam
  8. hehe...kelakar pula
    teringat memori indah zaman sekolah rendah
    time nurse nak check giggi dulu, ada seorang murid lari
    panjat pagar tau!

    tapi majoriti manusia sampai sekarang takut jumpa doktor gigi
    walau dah tua! hehe
    rasa cam diri tak berupaya bila terbaring bawah sinaran lampu
    sambil doktor tunjuk segala peralatan yang boleh buat gugur jantung!
    hehe

    BalasPadam
  9. :) teringat zaman sekolah dulu..mmg kecut perut bila 'misi' dtg.

    BalasPadam
  10. dulu panggil misi..tetiba teringat lak cite upin ipin..huhu

    BalasPadam
  11. Paling best lepas check gigi. Tersenyum memanjang lepas nurse kata gigi awak cantik. Bagus! Haha

    BalasPadam
  12. Kesian.. jangankan kata budak2.. mak budak nie pun takut jumpa dentist.. :D

    BalasPadam
  13. Sya dulu pun klu nmpk nurse dtg sekolah nyorok2 dlm bilik air..hehe

    BalasPadam
  14. kdg2 kesian pulak dengan budak2 ni kan... KA dulu suka pulak bila nurse dgt sekolah sebab leh skip kelas hehehe

    BalasPadam
  15. Saya sama macm KA, terutama kalau pemeriksaan gigi...boleh naik ambulan gi klinik...best jer, hehe

    BalasPadam
  16. Baca sambil gelak2 teringat citer upin ipin tu hehehe

    BalasPadam
  17. check gigi yang paling seram. kalau suntik takpe :D

    BalasPadam
  18. mama dulu pun sama, rasanya lagi teruk kot, ayah mama GPK Kanan sekolah, apa lagi.. menyelinap masuk ofis dia, duk bawah meja, seingat mama masa tu mama darjah 2 kot. haha....

    BalasPadam
  19. Masa sekolah dulu.. Kak Erin lagi suka kalau misi mai.. Boleh check kesihatan gigi..

    BalasPadam
  20. sama la dgn yumida masa kecik dulu
    takut sgt bila nurse dtg

    BalasPadam
  21. alahai..dulu time nama naik kena g check gigi, ketaq lutut..Sekolah akak ada program check gigi, semua kena, pergi berperingkat-ringkat kat klinik gigi tu

    BalasPadam
  22. hehe kecian =) takut betul dia..sabar jelah..

    BalasPadam
  23. Hehehe, kitalah salah seorg yg penakut itu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78