Pengikut

Ahad, 20 Oktober 2013

Usia Menunjukkan Kematangan

Petang tadi saya ada belek-belek akhbar lama simpanan saya. Kemudian terjumpa satu artikel yang ditulis oleh Zainal Abdul Kadir di ruangan Sastera, Mingguan Malaysia bertarikh 16 Jun 2013-Usia Kepengarangan Sasterawan Negara



Kalau kita perhatikan Sasterawan Negara yang paling muda menerimanya ialah Shahnon Ahmad dan Muhammad Haji Salleh yang ketika itu berusia 49 tahun. Dan, paling berusia ialah Abdullah Hussain yang berumur 76 tahun

Kebelakangan ini pula, mengikut perkiraan ini nampaknya penulis yang dianugerahkan Sasterawan Negara semuanya telah berusia. Bagaimanapun, usia bukanlah penghalang untuk penulis itu terus menyumbang buah fikirannya. Bahkan, usia itulah yang menunjukkan kematangan penulis dalam berkarya.


Sasterawan Negara yang kini masih aktif menulis ialah  Muhammad Haji Salleh(kolumnis Dewan Sastera), Anwar Ridhwan (kolumnis Berita Harian), Ahmad Kamal Abdullah@Kemala (kolumnis Dewan Sastera) dan Baharuddin Zainal@Baha Zain (kolumnis Dewan Sastera). Sementara itu A.Samad Said juga menulis di Facebooknya.  


21 ulasan:

  1. Semakin lama berkarya, semakin banyak dan semakin berkualitas karya yang dihasilkan.

    Singgah sore :)

    BalasPadam
  2. Faktor usia kerana pengalaman hidup.. :-)

    BalasPadam
  3. Jasa yang tak mungkin terbalas

    BalasPadam
  4. makin berusia makin banyak pengalaman .....

    BalasPadam
  5. lebih dahulu makan garam..

    BalasPadam
  6. Semakin berusia semakin matang pemikiran & semakin jelas tujuan serta matlamat berkarya...

    BalasPadam
  7. usia mematangkan segalanya . pelbagai halangan sudah ditempuh . Pastinya pemikiran dan tindakan makin menyerlah ...

    BalasPadam
  8. cikgu helmi bakal menyusul kod. :D

    BalasPadam
  9. Kenapa harus menunggu tua untuk dianugerahkan sebagai sasterawan negara? Kenapa tidak beralih dan diberi peluang kepada bakat2 muda?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, hal ini lebih berkaitan dengan tahap kematangan.

      Padam
  10. semoga yang muda dipertimbangkan juga sekiranya berbakat besar

    BalasPadam
  11. selalunya semakin berusia pasti semakin matang..

    BalasPadam
  12. infor menarik ni, !

    BalasPadam
  13. Sudah tentu...semakin tua buah kelapa, semakin pekat dan lemak santannya...:)

    BalasPadam
  14. Inshaa'Allah lepas ni cikgu pula =) sasterawan muda..

    BalasPadam
  15. selamat berusaha, semakin bertambah usia, kematangan bertambah juga, pengalaman juga turut meningkat sama

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78