Pengikut

Isnin, 21 Oktober 2013

Membaca Kehidupan dengan Tanda Baca

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Hari ini bagi yang bekerja akan memulakan kerja.
Ayuh, bersemangatlah menunaikan tanggungjawab ini.


Saya selalu memberitahu anak murid saya, yang hidup pasti akan mati. Kehidupan bagaikan pengembaraan, adakala kita berhenti singgah untuk berehat, berbual dengan pelbagai ayat pertanyaan, seruan. Samalah juga dalam pengembaraan menulis ayat. Tidak selamanya ayat kamu itu hidup. Jika kehidupan menemui titik mati, ayat perlu diakhiri dengan nokhtah (.) untuk menandakan ayat itu tamat. Jika berhenti sebentar gunakan koma (,). Jika ayat itu menunjukkan pertanyaan gunakan tanda soal (?), sebaliknya ayat seruan, gunakan tanda seru (!). Biarpun di dunia ini telah ditakdirkan orang itu kaya dan selalu tinggi martabatnya, tidak semestinya orang miskin yang tidak ditakdirkan untuk menjadi kaya selalu tampil di khalayak dipandang rendah. Maka, apabila menggunakan kata nama khas perlulah ditulis menggunakan HURUF BESAR di panggal perkataan. Dan, orang miskin (kata nama am) apabila hadir di hadapan ayat perlu juga ditulis menggunakan HURUF BESAR.

Nota: Entri ini sangat teknikal untuk difahami sepintas lalu. Jadi, baca berulang-kali untuk memahaminya.

15 ulasan:

  1. Terima kasih. Saya suka entri anda. Salam blogging. Ada masa singgahlah ke blog. Boleh komen bahasa saya sekiranya ada masa.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..
    Saya juga sering terganggu dengan bacaan yang menggunakan tanda baca yang salah, akan merusak makna bacaan itu sendiri.

    Selamat beraktivitas :)

    BalasPadam
  3. entri y menarik..baca awalan je dah penuh tanda tnya..

    BalasPadam
  4. Bagi saya, post ini walaupun ringkas tapi tersirat makna yg mendalam...menarik juga...

    BalasPadam
  5. mendalam maksud yg cuba cikgu sampaikan..

    BalasPadam
  6. bila kaitkan tanda baca dengan realiti sebenar kehidupan pasti mereka akan lebih cepat memahami dan mengingatinya..

    BalasPadam
  7. Menarik, dlm setiap hal kita (bisa) belajar.

    BalasPadam
  8. Wah, hebat! Saya faham entri Tetamu Istimewa yang ini. Anda? Hehe (Aplikasikan tanda baca dalam ulasan.) :)

    BalasPadam
  9. Entri ringkas namun signifikan. Saya mohon dikongsi

    Tahniah untuk sajak di majalah Wanita Okt 2013

    BalasPadam
  10. entri yang ringkas tetapi masih lagi memberi pelajaran itulah cikge Helmi.. Terima kasih cikgu peringatannya

    BalasPadam
  11. nice one, tq berkongsi yer

    BalasPadam
  12. Anda cukup hebat dalam mengupas sesuatu secara simbolik... Amat menarik dan kreatif!

    BalasPadam
  13. Terbaik cikgu =) ringkas tapi mempunyai maksud yang padat..

    BalasPadam
  14. yup..simple tapi bermakna..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78