Pengikut

Rabu, 30 Oktober 2013

SAPS: Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013

Peperiksaan Akhir Tahun 2013 telah pun tamat. 
Selain guru yang boleh mengakses Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS, ibu bapa juga boleh berbuat demikian untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak mereka. 

Klik di sini untuk masuk ke laman tersebut. 


Pada laman tersebut, ibu bapa akan melihat ruangan MENU yang disediakan. 
Ibu bapa perlu klik ikon SEMAKAN IBUBAPA

Ibu bapa akan dibawa ke laman Log In yang mana ibu bapa perlu memasukkan No KP/Sijil Lahir, klik Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan tahun 2013. Seterusnya, klik Semak Laporan

Untuk lebih mudah, klik saja pada pautan ini 


Selamat mencuba!

Peringatan: Sistem SAPS hanya digunakan untuk murid Tahun 4,5 dan 6 sekolah rendah dan Tingkatan 3,4,5 sekolah Menengah.

24 ulasan:

  1. amboi.mudah nye skrg ni.. dah takde ke hari perjumpaan ibu bapa dan guru huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari perjumpaan dengan ibu bapa masih ada masa penggal 1. Penggal 2 selalunya tak dibuat. Cuma bagi buku bawa balik suruh ibu bapa tandatangan saja.

      Padam
    2. tapi ada x keputusan sekolah rendah ni

      Padam
    3. kepusan sekolah rendah ada x ye

      Padam
    4. Ada. Klik pada ikon ibu bapa. Kemudian nanti klik pada sekolah rendah

      Padam
    5. Mcm mna nk semak murid tahun 1 2013

      Padam
    6. Maksud En Zulkhairi keputusan peperiksaan kah? Sekarang ini sistem PBS untuk KSSR sudah tidak guna sistem online. Jadi, markah untuk PBS tidak dimasukkan secara online lagi. Semuanya offline. Oleh itu, kena berhubung dengan pihak sekolah atau guru untuk mengetahui perkembangan anak encik. Ataupun tunggu Hari Terbuka untuk pelaporan buku kemajuan nanti.

      Padam
  2. senang kan?tahn depan kathy boleh guna aplikasi ini utk ank kathy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, anak akak tahun depan umur berapa?

      Padam
  3. Mmg sungguh memudahkan.. mudah2an membawa kebaikan kpd semua pihak.. in shaa Allah..

    BalasPadam
  4. eh ? dan ada benda ni dah tak perlukan hari terbuka sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu. Ini sekadar analisis keputusan. Kalau hendakkan penerangan daripada guru, perlu ada hari terbuka.

      Padam
  5. bagusnya... dah bersistem...

    BalasPadam
  6. senang untuk menyemak keputusan, segalanya di hujung jari.. jika dulu anak-anak boleh berbohong, kini tidak lagi..

    BalasPadam
  7. wah, sekarang dah makin hebat lah dengan sistem persekolah..:) memudahkan ibu bapa..baru betol2 menuju wawasan 2020 nie..heeh

    BalasPadam
  8. hebat dah sekarang ni, lagi mudah..1perkongsian yang baik cikgu =)

    BalasPadam
  9. nice sharing...next year anak tahun 3..so tunggu lagi 2 tahun baru boleh di apply...

    BalasPadam
  10. salam. kalau saya nak tahu statistik perlaksanaan PBS setiap negeri mcm mna?
    dan mcm mna saya nak tahu jumlah guru di setiap negeri?

    harap dapat membantu saya.

    BalasPadam
  11. Good sharing! :)

    www.bondasihat.com

    BalasPadam
  12. salam nak tnya kenapa x keluar keputusan peperiksaan tersebut

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78