Pengikut

Jumaat, 25 Oktober 2013

Sketsa Belanjawan 2014


SKETSA BELANJAWAN

Duduk di kerusi paling atas bukan mudah
beban yang terpikul di bahu sama berat
saban hari membelanja baki usia di kantor
dalam kepala bersarang masalah
tiap hari memikirkan masih berbakul-bakul 
konflik belum terselesai.

Bukan mudah menulis sebuah belanjawan
sama hebatnya mengukir peribadi anak bangsa
silap catur hancurlah negara.

Sebuah belanjawan rakyat harus dirangka
semua pihak menuntut kesaksamaan
biarlah hati nyamuk sama dilapah  
hati kuman sama dicecah
nelayan di laut hidup bermakna
petani berasa keringatnya dihargai
martabat guru pembawa kandil ilmu terang tersuluh
bapak-bapak polis disanjung
pekerja-pekerja kilang dipandang
warga pencen dimesrai.

Harus dirangka bukannya kegagalan
kita merancang kejayaan
kerja-kerja membasmi kemiskinan
kerja-kerja membanteras jenayah
kerja-kerja memusnahkan rasuah
kerja-kerja menyiapkan potret perpaduan
kerja-kerja memberkas rumpun amanah
adalah kerja-kerja yang tidak pernah selesai
kerja ini bukan kerja seorang
kerja ini perlukan sokongan
sama-samalah berganding bahu menjabat tangat
memacu sebuah transformasi negara
mencapai Wawasan 2020.

Belanjawan untuk semua
tanda pemimpin duduk di kerusi paling tinggi
dapat melihat-memandang-menganalisis
seluruh rakyat di bawah pemerintahannya
tersenyum menyambut "durian runtuh".


Mohd Helmi Ahmad
Alor Setar, Kedah
11 Oktober 2011


12 ulasan:

  1. 'Dutian Runtuh' hanya untuk golongan tertentu sahaja...
    Belanjawan... adalah anggaran/target.. actual?? :D tunggu audit negara kot.. hehehe..

    BalasPadam
  2. dengan harapan bajet kali ni ada manfaat dan lebih manfaat

    BalasPadam
  3. assalamualaikum wbt.
    nice 'tot' cikgu... hmm hari ne till ahad kena off fb ler bagi yang ada fb. mesti banyak caci maki dan kata-kata yang kurang enak dari juru ulas2 yang tidak bertauliah tapi "arif lagi bijaksana".
    ntah lah... kadang2 yang banyak sangat komen dan mengutuk tu, menguruskan bajet dan hutang piutang sendiri pun "asyik short', ini kan pulak nak "smash" orang yang mengurus belanja dalam big scale... yeah, mungkin lah akan ada yang cakap "mereka yang dilantik adalah pakar dalam bidang mereka", hehehehe... macam2 lah... Oh malaysiaku.... semoga sejahtera dan terpelihara sentiasa.... ameen....

    BalasPadam
  4. Kakak pun mengharap kami yg duduk di pihak swasta yg selalu bagai dilupakan mohon dijeling-jelinglah sedikit. Tidak dapat ketawa besar tapi dapat senyum sikit pun jadilah, kerana kami juga penyumbang kepada LHDN setiap tahun..

    BalasPadam
  5. kalau dah milik kita tetap juga menjadi hak kita..yang penting sentiasa menyokong dan mendoakan agar negara kita sentiasa aman sentiasa kalau tidak untuk kita pun untuk generasi mendatang..

    BalasPadam
  6. wah..memang terbaik puisi helmi ni...salam jumaat..

    BalasPadam
  7. semoga semua golongan masyarakat tak kira penjawat awam/swasta/petani/peniaga/penganggur mendapat menfaat dari pembentangan bajet 2014 ini..

    BalasPadam
  8. Biasanya org kerajaan yg seronok, mcm org swasta nie blh dgr jerk...hihihi

    BalasPadam
  9. hu3 bab bajet 2014 ni malas nak ulas panjang =)

    BalasPadam
  10. Semoga membawa manfaat & kebaikan buat kita semua.. amin.

    BalasPadam
  11. bajet oo bajet..semoga memberi manfaat pada kita semua..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78