Pengikut

Rabu, 9 Oktober 2013

Kad Diskaun Beli Buku

Terima kasih kepada blogger semua yang sudi singgah dan baca entri saya pada hari ini. 


Sebenarnya dah lama saya nak tulis entri pasal kad diskaun beli buku ni. Apabila syuk shusuke timbulkan dalam satu entri Berdosakah Saya Tidak Menyentuh Mu? membuatkan saya berazam untuk menerbitkan satu entri pasal kad diskaun ni. Kalian ada kad diskaun? Sebenarnya, telah banyak buku yang saya beli pada tahun ini antaranya boleh rujuk entri sebelum ini: 


Kesemua buku ini saya beli tanpa menggunakan kad diskaun yang saya ada. Setakat ini saya telah menyertai dan menjadi ahli kedai buku POPULAR, PUSTAKA UNION dan MPH. Namun begitu, yang saya selalu guna ialah POPULAR


Perlukah pembaca tegar mempunyai kad diskaun? Bagi saya perlu. Walau bagaimanapun, saya tidaklah pengunjung setia kedai buku tersebut. Maksudnya, tidak semestinya jika saya hendak membeli buku saya akan ke kedai buku ini, kadang-kadang apabila saya singgah di mana-mana kedai buku pasti keinginan untuk membeli itu ada. Jadi, sudah pastilah kad diskaun ini tidak boleh digunakan. 

Sewaktu saya menjadi mahasiswa belum ada lagi kad diskaun buku siswa dan baucar buku. Terasa rugi pula. Oleh itu, kepada mahasiswa sekarang ini yang menerima keistimewaan ini gunakanlah sebaik mungkin untuk mendapatkan buku yang berkualiti. Bukannya menukarkan baucar tersebut dengan wang ringgit yang tidak pasti lagi jaminannya untuk kalian membeli buku. 



17 ulasan:

  1. Kita pun prefer Popular book shop. Banyak pilihan..

    BalasPadam
  2. Ayah ida juga macam cikgu, cukup suka simpan kad2 diskaun ni terutamanya kad diskaun dari farmasi2.

    BalasPadam
  3. Ika ada kad diskaun popular dan mph tapi memang jarang-jarang guna. Kadang tu terlupa nak keluarkan kad tersebut masa membeli buku.

    BalasPadam
  4. senang ada kad diskaun ni helmi.. aiza jarang membeli novel.. selalu membeli pun buku-buku motivasi hm tuah je.. jadi setakat ni tak buat pun kad diskaun..

    BalasPadam
  5. Mmg kad keahlian & diskaun buku penting. Bagi sy yg menyara 4 orng anak yg bersekolah, termasuk sy sendiri yg kdg2 kala tertarik utk membeli buku, amat perlu mempunyai kad sedemikian. Ia amat menjimatkan. T kasih diatas perkongsian cikgu Helmi ini ye. :)

    BalasPadam
  6. owhhh..maknanya kad-kad diskaun buku ni hanya kedai buku tertentu jelah yang keluarkan ye..

    BalasPadam
  7. Sya suka ke kdai buku..dan ada kad buku ni..wlupun potongan tu slalu 10 peratus..tu pun dah ckup mnjimatkan..

    Sya tngk tjuk kuih bakul,limau mndar..sya teringat satu tajuk cerpen yg sya suka sgt baca..paku payung,limau mandarin... :)

    BalasPadam
  8. TM orang kedah kan? Kena jadi emmber Hasani Book sebab bila ada diskaun, jauh berbeza dengan harga popular dan MPH. Ada outlet baru dia di Alor setar kan, berdekatan jakel. Saya suka p di SP sebab macam2 buku ada...

    BalasPadam
  9. cik nor beli buku kat Syarikat Muda Osman jer..:)

    BalasPadam
  10. lama tak singgah sini =)
    emm...saya ada MPH. memang selalu ke sini
    sokongan perniagaan bumiputera =)

    BalasPadam
  11. shark xdek lg..
    stakat ni bnyak bli megazine jer.

    BalasPadam
  12. Selalu beli kat popular atau on9 jerk..

    BalasPadam
  13. KA pun suka ke popular aje !

    BalasPadam
  14. saya suka kad diskaun...selalu beli buku di popular...

    BalasPadam
  15. Saya setiap 2bulan akan memperuntukkan rm150 utk beli buku, dan yg selalu saya cari pastinya popular. Mestilah kena ada kad

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78