Pengikut

Selasa, 22 Oktober 2013

Guru Bukan Mencari Salah Murid

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah, murid saya telah selamat menjawab soalan peperiksaan Bahasa Malaysia kertas 011 (Pemahaman) dan 012 (Penulisan). Apa yang menarik untuk saya perkatakan, saya harus adil menjalankan tanggungjawab saya untuk menanda kertas tersebut.

Hal ini demikain, saya juga seorang penulis. Tidak mungkin saya akan bertukar menjadi editor sewaktu menjalankan tugas menanda kertas jawapan. Saya tahu benar dengan tugas seorang editor yang akan meneliti "kesalahan manuskrip" yang diterima. Pasti matanya akan teriki untuk membulat kesalahan yang dilakukan oleh penulis.

Sebaliknya, menjadi seorang guru yang menanda kertas jawapan murid, sikap mencari kesalahan murid harus dielakkan. Apa yang perlu dilakukan oleh seorang guru ataupun pemeriksa kertas jawapan adalah membantu sedaya boleh apa-apa yang dijawab oleh calon. Itu bukanlah bermakna aspek kesalahan diabaikan.



27 ulasan:

  1. Alhamdulillah..Semoga Berjaya Kepada Semua Anak Didik Cikgu..

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/10/candy-crush-saga-ketagihan.html

    BalasPadam
  2. Betul tu cikgu. Kesalahan tetap ditegur, untuk kemaslahatan masa depan murid. :)

    BalasPadam
  3. betul sangat dengan perengaan terakhir tu helmi...

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum cikgu..masa sek dulu sya pling lemah dlm penulisan la..samai sekarang pun ni.Huhu

    BalasPadam
  5. Editor mungkin sekadar hanya cari kesalahan tapi guru cari kesalahan dan beri panduan untuk perbetulkan kesalahan itu... Melakukan tugas dan bertanggungjawab itu ada bezanya.
    Guru selangkah kehadapan... :)

    BalasPadam
  6. Sangat setuju ianya berbeza tugasan. Guruperlu juga mencari kesalahan dan membetulkanandai memang benar silap yg dilakukan. Tapi biarlah secara bijaksana, baru lah anak murid sayang dan ingat cikgu sqmpai bila2.. hehehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guru yang prihatin akan betulkan apa yang ditanda salah itu.

      Padam
  7. jadi cikgu juga TI, tak boleh pilih kasih...walaupun miss 1 markah..ye tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Perlu kuat semangat dan teguh pendirian dengan hasutan daripada 'orang sekeliling'.

      Padam
  8. Balasan
    1. Terima kasih keran bersetuju dengan saya.

      Padam
  9. Kak ina suka kalau exam kat sekolah cikgu tegas sikit bagi markah..biar pelajar tahu kesilapan diorang...real exam diorang akan buat sungguh-sungguh :)

    BalasPadam
  10. betul tu, Fiza setuju dengan cikgu Helmi..dulu masa jadi cikgu sementara..Fiza tanda kertas penulisan murid darjah 2, mmg fiza xde pengalaman dalam tanda2 kertas ni.. tapi klu base knowledge ade lah kan.. murid selalu marah Fiza sbb tandakan salah.. tapi mmg ianya salah.. bukan saje nak abiskan pen merah.. tapi bila di terangkan keadaan situasi tersebut.. baru mereka faham,, =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak nafikan pengalaman juga membuatkan kita lebih bersedia dan mahir.

      Padam
  11. Halo helmi, saya orang Indonesia dan saya baru sadar kalau anda orang Malaysia hahaha. Saya singgah untuk membalas kunjungan anda di blog saya. Dari postingan diatas nampaknya anda seorang guru ya? Tetap berjuang mengajar ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya orang Malaysia dan bertugas sebagai guru. Terima kasih ya. Sudi singgah lagi nanti.

      Padam
  12. betul tu cikgu..rasanya tu lebih baik dan membantu pelajar..kadang-kadang ada juga nak tanya..tapi semuanya dah terjawab =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu haruslah bijaksana dalam menanda kertas. Pasti cikgu tu kenal potensi anak muridnya.

      Padam
  13. niat untuk mengajar mereka agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.. bukannya mencari kesalahan semata-mata..

    BalasPadam
  14. Setuju dgn pandangan cikgu Helmi.. guru bukan mencari kesalahan semata2, sebaliknya perlu mengenalpasti kesalahan yg ada utk diperbetulkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak betulkan kesalahan pun kena ada caranya juga.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78