Pengikut

Rabu, 16 Oktober 2013

Guru yang Berkorban

Assalamualaikum semua. Selamat petang.
Terlebih dahulu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pengunjung setia Tetamu Istimewa. Maaf, lama tidak terbitkan entri baharu. Berikut merupakan rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang lima hari lalu.

11 Oktober 2013
3.00 petang bertolak balik ke kampung, Alor Setar, Kedah. Menumpang kawan yang hendak balik ke Pendang.

13 Oktober 2013
Ke UTC-Alor Setar, beli beberapa buah buku terbitan ITBM.

15 Oktober 2013
Menyambut Hari Raya Aidiladha dalam renyai hujan.

3.00 petang bertolak dari Alor Setar ke Batang Kali. Kira-kira 9.40 malam sampai di rumah. Alhamdulillah, jalan tidaklah sesak sangat. Barangkali kami bertolak awal.

Rasa sedih pula. Namun begitu, saya anggap inilah pengorbanan guru untuk mendidik anak murid.

Nota: Saya tidak pasti apa-apa yang saya perasan blog saya ini juga anda perasan kerana blog saya telah diceroboh dengan pelbagai "iklan haram".  Hinggakan ruangan untuk saya taip entri baharu pun berserabut dengan iklan ini. Ada sesiapa boleh bantu saya? Adakah komputer atau blog saya ini diserang virus?

Jika boleh, saya nak printcreen iklan tersebut, namun tidak boleh nak lampirkan dalam blog pula. Semua ikon di atas tu tak berfungsi. Tunggu sampai loading habis dulu, baru iklan tu muncul. Kalau tak muncul juga, rasanya komputer saya yang ada masalah.


32 ulasan:

  1. kat bahagian mana tu helmi? aiza tak perasan pula iklan tu.. tapi kalau blog aiza dalam cbox memang penuh dengan iklan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahagian bawah dan atas blog saya. Tapi, kena tunggu sampai loading habis dulu baru dia keluar.

      Padam
  2. Sya tak perasan keganjilan apa2 pada blog en helmi ni..biasa je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, di bahagian bawah dan atas. Kena tunggu loading sampai habis. Kalau saya nak taip entri baharu, penuh iklan tu keluar, sampai saya nak taip pun susah.

      Padam
  3. Setakat ini sy x perasan iklan2 tu.. nk kongsi maklumat pun sy x berapa tahu sgt ttg tu. Sy harap semoga dptlah diselesaikan dgn sebaiknya permasalahan itu. Salam Aidiladha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, bahagian atas dan bawah blog saya. Seolah-olah saya pula yang minta suruh pasang iklan. Kena tunggu loading habis dulu baru dia keluar.

      Salam Aidiladha juga kepada Tuan Khir.

      Padam
  4. cikgu hilmi ,errmm tak apa pon .OK saja acik tengok blog ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah, sekejap ada sekejap hilang. Dia nak main-main ni.

      Padam
  5. Saya pun pernah terkena perkara ini. Bukan kerana virus tetapi kerana ada software yang di install secara rahsia tanpa pengetahuan kita.

    Tuan boleh cek di Control Panel > Unisntall a Program. Cek mana-mana softwares pelik dan uninstall.

    Harap membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Saudara Izham.

      Saya dah cuba, tapi masih ada. Saya rasa bukan kerana blog saya kot, mungkin komputer saya. Apabila saya buka blog lain pun macam tu juga, ada iklan haram tu. Mungkin betul juga kata Izham, ada software yang diinstall secara rahsia. Saya cuba cari tapi tak dapat.

      Padam
    2. Kena tech-savy sikit dalam bab ni. Saya nak terang pun susah sebab melibatkan software yang tuan terinstall.

      Apapun, cuba godek-godek dan berhati-hati apabila tekan install software yang tidak diketahui di komputer peribadi.

      Padam
    3. Terima kasih, Izham. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Tapi, lain pula jadinya. Mungkin saya telah teruninstall software penting dalam komputer saya dan dah diberi peringatan berkali-kali. Katanya, ada software yang hilang dan perlu saya install semula. Tapi, saya tak tahu pula apanya.

      Padam
  6. Oke je setakat ni
    Salam aidiladha

    BalasPadam
  7. dulu bahagian atas je. ingt cikgu dah biasa. skrg dah takde

    BalasPadam
  8. salam aidil adha helmi..ok je kathy tengok..

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Semuanya dah ok, Nat. Terima kasih ya. Salam Aidiladha.

      Padam
  10. Erkkk ida tengok ok jer, satu pun takde iklan

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha juga kepada saudara Khairuddin.

      Padam
  12. Selamat Hari Raya Aidil Adha Cikgu Helmi.. Err..Kak Erin tengok blog ni okay aje..Tak ada iklan pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha juga kepada Kak Erin. Dah hilang iklan tu.

      Padam
  13. tak perasan pula ada iklan haram.

    BalasPadam
  14. sepanjang fizi masuk blog bro, tak derpulak fizi npak iklan cam bro cakapkan..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum .. lama tak nampak sedara helmi.. :D
    Hurmm.. Jasa guru susah nak di balas .. jika pandang pada mata kasar ia tiada apa.. but pengorbanan guru itu amat lah besar ...

    Iklan Haram.. mcm mna tu yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, saya balik kampung hari tu.

      Terima kasih kerana menghargai jasa guru.

      Dah hilang dah.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78