Pengikut

Rabu, 30 November 2011

Mendekati Seni Penulisan Kreatif -Lim Swee Tin

Seandainya anda bercita-cita mahu menjadi penulis. Seandainya anda tergerak hati untuk menjadi seorang penulis seperti idola anda. Anda tidak tahu bagaimana caranya. Anda perlu memiliki buku ini. Mendekati Seni Penulisan Kreatif tulisan Lim Sween Tin (sekadar cadangan). Seorang penulis bukan Melayu yang cukup hebat dan prolifik di dunia penulisan kreatif.

Buku ini berharga RM 20.00, terbitan Citra Kurnia, cetakan pertama pada tahun 2008. Saya membelinya di KUPUTRA koperasi UPM.

Berikut merupakan petikan yang ditulis oleh penerbit akan buku ini. "Buku ini ialah sebuah buku tentang  bimbingan penulisan kreatif dalam genre puisi dan cerpen. Akan tetapi pendekatan yang digunakan dalam penulisan amat berbeza daripada yang dilakukan orang sebelum ini. Membacanya akan membuatkan anda berasa begitu santai sekali. Jikalau anda menggunakannnya secara proaktif percayalah buku ini akan sangat membantu."

Setelah membacanya saya mengakui buku ini mempunyai ramuan yang cukup kepada bakal penulis. Dengan gaya bahasa yang menarik, ringkas dan mudah difahami. Pengarang menggunakan watak An untuk  bahagian puisi dan Lia untuk bahagian cerpen. An dan Lia akan membawa anda mengembara dalam dunia masing-masing. Segala persoalan yang dihadapi oleh bakal penulis akan dilontarkan oleh mereka berdua ini. Media perantara adalah emel. Bentuk penceritaan begini dilihat lebih efektif kerana setiap persoalan dihuraikan serta diberikan contoh yang relevan. Pengarang cuba melatih An untuk menulis puisi dari peringkat awal bermula dengan teknik 'Bermain dengan Kata-kata, Dari Kata kepada Baris' dan seterusnya. Begitu juga dengan bahagian cerpen pengarang cuba membimbing Lia tentang apa itu cerpen, bagaimana mendapatkan idea, sudut pandangan, teknik, watak dan sebagainya.

Apa yang menambahkan keistimewaan kepada buku ini dan mengapa harus anda mendapatkannya adalah kerana di bahagian lampiran belakang ada contoh surat lampiran dan alamat penerbit.  Sebenarnya sampai sekarang saya menyimpan dan menggunakan panduan yang diberikan oleh Prof Madya Dr Lim Swee Tin yang juga merupakan pensyarah saya semasa di UPM dahulu.

Di sini saya perturunkan contoh surat lampiran itu.

Alamat sendiri...........................,
................................................,
..................................................

Alamat penerbit..........................,
...................................................,
...............................................,                                        Tarikh surat

Tuan,

Sajak/Cerpen:1....................................
                        2.....................................

Dengan hormatnya disertakan sajak /cerpen berjudul di atas untuk perhatian dan pertimbangan seterusnya jika bersesuaian dapatlah kiranya dimuatkan dalam ruangan puisi majalah kelolaan tuan. Karya ini asli ciptaan saya, dan belum pernah dikirimkan ke mana-mana media penerbitan.

Atas perhatian dan pertimbangan tuan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian.
Salam takzim,


                  tandatangan
(NAMA DENGAN HURUF BESAR)
K/P:XXXXXX 0X XXXX
No Akaun GIRO: XXXXXXXXXXXXXXXX

Sebelum itu izinkan saya memetik beberapa ungkapan yang baik untuk dihayati bersama.
"Penulisan, apalagi penulisan kreatif adalah kerja yang serius, membebel atau melepas geram tidak menentu bukanlah kerja yang terpuji." 

Saya kira cukuplah sekadar ini dahulu. 

(Nota: Alhamdulillah, urusan pemeriksaan kesihatan saya telah selesai dan selamat, tunggu masa untuk diposkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.)

13 ulasan:

  1. sangat seronok di sana kan..
    di sini macam tak ada kehidupan sangat! haha
    berhijrah!! aku nk berhijrah..
    nanti nak mulakan sekali lagi.. nak juga buku ni.. bila la ang nak hadiahkan! hahaa

    BalasPadam
  2. hehe, aku pun beli satu je. berhijrahlah...

    BalasPadam
  3. Sebenarnya saya ada satu penyakit. Sangat teruk. Suka mengumpul buku 'how-to' penulisan. Dan.. Wahh! Esok juga saya cari buku ini di KUPUTRA! Terima kasih saudara atas perkongsian ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah. Seorang penulis harus banyak membaca. Bukan hobi teruk, sebaliknya sangat bermanfaat. Dan, kemudiannya terjemahkan apa yang kita baca tu dalam penulisan.

      Saya pun kurang pasti masih ada ke tidak buku ini lagi. Bolehlah pergi cari dulu.

      Padam
    2. Nampaknya seperti yang tuan katakan, bukan hari ini saya dapat memilikinya. Saya telah pergi ke KUPUTRA. Stok tiada. Tetapi pegawai yang bertugas memberi jaminan dia akan menempah 1 khas untuk saya.

      Padam
    3. Baguslah macam tu. Kalau tak dapat juga, boleh cuba tanya dengan penulisnya sendiri-Dr Lim Swee Tin.

      Padam
  4. Saya tak berkesempatan berjumpa beliau oleh kerana beliau kini telah pencen. UPM tidak mahu meneruskan kontrak pengajarannya lagi.

    Walaupun begitu, saya akan usahakan juga mencari buku ini. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa UPM telah kehilangan seorang pensyarah kesusasteraan yang berbakat dan hebat. Sesungguhnya, saya tertarik tatkala mengikuti kuliah dengan beliau. Cara penyampaian yang cukup menyakinkan. Banyak berkongsi pengalaman dan cerita. Saya suka sangat.

      Padam
    2. Saya pun rasakan begitu. Berita ini disampaikan oleh rakan saya, jurusan sastera BM (pendidikan). Tetapi, apakan daya, kuasa di tangan pihak atasan.

      Padam
  5. Bukunya nampak menarik. Kalaulah boleh saya dapatkan satu.

    Tentang surat lampiran tu, memang saya amalkan sejak mula-mula diajar tentang cara menghantar karya yang betul. Sebelum tu, saya cuma hantar karya dan sedikit kata-kata aluan sahaja. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik. Boleh cuba cari.

      Surat lampiran ini sangat perlu.

      Padam
  6. Assalam
    Entri - entri yang di tulis dalam blog ini sangat membantu dan bermanfaat untuk penulis. Terima kasih ya.

    BalasPadam
  7. Buku ini sudah tak dijual lagi. Saya telah bertemu dengan Dr. Lim sendiri. Katanya sudah 'out of print'.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78