Pengikut

Rabu, 9 November 2011

Berita Gembira


Alhamdulillah, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur (melapor diri) adik saya telah menghubungi saya mengatakan bahawa ada surat dari Kumpulan Utusan. Surat itu menyatakan bahawa saya telah dijemput ke majlis penyampaian hadiah bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU 2010) di hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2011. Dalam surat itu juga meminta saya menghubungi Puan Zurina bagi mengesahkan kehadiran saya. Katanya juga saya telah memenangi salah satu kategori yang dipertandingkan. Pada masa itu saya masih berteka-teki. Karya saya berbentuk cerpen telah disiarkan di beberapa buah majalah. Berikut saya senaraikan cerpen dan media tersebut:

1. Rancanganku RancanganMu - Harmoni, 15 April 2010
2. Namanya Ketum - Harmoni, 1 Jun 2010
3. Epilog Cinta Subsidi - Wanita, Julai 2010
4. Istikharah dalam Cinta - URTV, 15 Oktober 2010
5. Bunga Telur Kenduri Kahwin - Harmoni, 1 November 2010

Daripada sejumlah cerpen tersebut hati saya kuat mengatakan bahawa cerpen Bunga Telur Kenduri Kahwin layak disenaraikan ke peringkat akhir. Namun saya tidak menafikan hak cerpen-cerpen lain.

Setelah saya sampai di Putrajaya pada malam hari, ada mesej masuk dari seorang rakan (Mohd Haniff Mohammad Yusoff) meminta saya membeli Mingguan Malaysia, katanya ada sesuatu yang akan membuatkan saya gembira. Walaupun saya sudah dapat mengagak bahawa berita itu sudah tentu tentang HSKU namun saya sebenarnya masih belum mengetahui cerpen manakah yang layak disenarai pendek ke peringkat akhir. Seperti biasa 19 buah cerpen terbaik yang sesuai ditakrif sebagai cerpen remaja layak dipertandingkan. Saya tahu kebanyakan cerpen saya yang tersiar pada tahun 2010 adalah lebih kepada cerpen remaja. Di samping itu, saya mengakui masih banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Tambahan pula saya terpaksa bersaing dengan penulis mapan sedangkan saya masih baru dalam dunia penulisan kreatif ini.

Betapa saya terkejut tatkala menatap akhbar keesokkan harinya yang mana dua buah cerpen saya berjaya layak ke peringkat akhir. Berikut adalah cerpen itu:

1. Rancanganku RancanganMu - Harmoni, 15 April 2010
2. Bunga Telur Kenduri Kahwin - Harmoni, 1 November 2010

Ternyata firasat Wadiossofi Jaafar tepat kerana sebelum senarai itu diumumkan beliau ada menelefon saya mengatakan bahawa cerpen Rancanganku RancanganMu mempunyai keistimewaannya tersendiri. Beliau suka cerpen itu. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

5 ulasan:

  1. Tahniah tuan! Saya bersemangat untuk turut mengejar impian saya menulis cerpen berkualiti seperti tuan. Agaknya terserempaknya saya di blog tuan adalah rahmat Allah buat saya.

    Terima kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Berita ini sudah menjadi kenangan indah dalam hidup saya.

      Moga sama-samalah kita menyemarakkan dunia penulisan ini.

      Padam
  2. Wah, mesti parasaan waktu tu sangat-sangat gembira. Saya belum pernah 'menang' untuk apa-apa karya lagi. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah semestinya perasaannya gembira. Tahun 2009 menyaksikan rakan saya menang. Dia juga penulis baharu macam saya. Sejak itu saya menaruh harapan agar dapat merangkul kemenangan ini. Alhamdulillah, tahun 2010 berjaya. Tapi, saya tak dapat hadir pada tahun 2010.

      Insya-Allah, rajinlah berusaha. Pasti saudara tahu apa yang saudara mahukan.

      Padam
    2. Saya mula menulis pun sebab dengki tengok seorang senior di sekolah saya menang hadiah hasil penulisan cerpen. Sejak tu, saya terus menulis. Tapi sampai sekarang, masih belum ada rezeki untuk mencapai kemenangan. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78