Pengikut

Khamis, 17 November 2011

Bila Kejayaan yang Digapai

Hari ini keputusan UPSR diumumkan. Tahniah kepada murid yang telah berjaya setelah berusaha bersungguh-sungguh. Setiap pengorbanan itu ada balasannya. Yang kurang berjaya jangan mudah putus asa. Masih ada masa untuk membuktikan bahawa anda boleh berjaya seperti orang lain.

Namun, dalam kita meraikan kejayaan itu jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang banyak bertungkus-lumus mencurahkan segala ilmu. Di samping ibu bapa yang banyak memberi sokongan, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang telibat secara langsung ataupun tidak. Bagi yang beragama Islam sujudlah kesyukuran  kepada Allah SWT.

Hari ini juga  pengarang terkenal S.M. Zakir yang berwibawa telah diangkat menerima Anugerah  Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2011. Tahniah diucapkan.

Penerima Anugerah Penulisan Sea (Malaysia)

* SN Datuk (Dr) A Samad Said (1979)
* Datuk (Dr) Baharuddin Zainal (1980)
* SN Datuk Abdullah Hussein (1981)
* SN Allahyarham Datuk (Dr) Usman Awang (1982)
* Adibah Amin (1983)
* A Latiff Mohidin (1984)
* SN Allahyarham Arena Wati (1985)
* Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (1986)
* SN Datuk Noordin Hassan (1987)
* Azizi Abdullah (1988)
* Dr Siti Zainon Ismail (1989)
* SN Allahyarham Dr Syed Othman Syed Omar (1990)
* Allahyarham Yahya Husin (Jihaty Abadi) (1991)
* Ismail Abbas (1992)
* Allahyarham Kamaruzzaman Abdul Kadir (1993)
* Prof Dr A Wahab Ali (1994)
* Suhaimi Muhammad (1995)
* Zaharah Nawawi (1996)
* Prof Dr Muhammad Salleh (1997)
* Allahyarham Dr Othman Puteh (1998)
* Khadijah Hashim (1999)
* Dr Lim Swee Tin (2000)
* Zakaria Ariffin (2001)
* SN Datuk Dr Anwar Ridhwan (2002)
* Prof Dr Zakaria Ali (2003)
* Dr Zurinah Hassan (2004)
* Abdul Ghafar Ibrahim (2005)
* Jong Chian Lai (2006)
* Prof Madya Rahman Shaari (2007)
* Prof Dr Hatta Azad Khan (2008)
* Azmah Nordin (2009)
* Zaen Kasturi (2010)

(Sumber Berita Harian-17/11/2011)

3 ulasan:

  1. Lengkap maklumatnya. Membaca tengtang UPSR, esok pun keputusan UPSR akan diumumkan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah pastilah debaran turut dirasai oleh guru. Esok juga hari yang bersejarah bagi saya sebagai pengacara Hari Anugerah Kecemerlangan.

      Padam
    2. Yeah! Buat julung kalinya ya. Semoga berjaya!

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78