Pengikut

Rabu, 23 November 2011

Bunga Sejambak di Konvokesyen

Puisi ini merupakan puisi kedua saya yang disiarkan 
di Harian Metro
Saya rasa semua orang yang pernah bergelar pelajar menantikan saat-saat ini, iaitu konvokesyen. Masa inilah segala suka duka bercambah. Segala penat lelah berbalas. Segala budi meranum. Bunga sejambak hanyalah tanda penghargaan. Tidak lebih daripada apa-apapun. Pada graduan janganlah berduka cita seandainya bunga yang diidam-idamkan tidak dapat didakap. Pada ibu bapa pula usahlah merasa berkecil hati seandainya bunga sejambak itu tidak dapat diraih. Kerana kehadiranmu pada hari yang penuh sejarah itu adalah hadiah yang lebih bermakna.

2 ulasan:

  1. Semoga saya juga mampu memperoleh 'bunga sejambak di konvokesyen kelak'. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya doakan yang terbaik kepada saudara. Amin.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78